15 December 2008

~kata-kata~


Bismillahirrohmanirrohim..

Kat sini, ana himpunkan pelbagai kata-kata atau ungkapan yang menarik yg pernah ana baca dari beberapa buku seperti ''Iman dan Kehidupan- Yusuf Al-Qardawi'' dan tak silap ana demi masa dll..




Betapa tingginya nilai air mata taubat, sama nilainya dengan darah syuhada' yang tumpah sebagai wira Islam, yang sanggup mengorbankan jiwa demi agama Allah. Juga sama nilainya dengan dakwat pena para 'ulama untuk mengarang kitab-kitab yang menjadi pelita kepada umat Islam.




Semua yang hidup bagai dalam bahtera pelayaran.


Setiap hari dan bulan, kian jauh dalam perjalanan.


Berhari bermalam semuanya dalam impian.


Dunia ditinggalkan, akhirnya kubur jua yang berdekatan.




Sewajarnya bagi setiap yang beraqal, selagi aqal fikirannya tidak hilang, bahawa dia membahagikan masanya kepada empat waqtu:


^^ Waktu untuk dia bermunajat kepada Allah


^^ Waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya


^^ Waktu untuk dia berfikir berhubung dengan barang-barang ciptaan Allah


^^ Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya, seperti mencari makanan dan sebagainya.




Dunia ini kebun(tempat berusaha) untuk mematuhi perintah Allah,


dan akhirat itu adalah masa menuai dan menerima balasan daripada Allah.




Sebaik-baik dunia bagi seseorang adalah apabila dunia itu dijadikan sebagai bekal untuk kepentingan akhirat sehingga Rabbnya meredhainya. Seburuk-buruk dunia bagi seseorang adalah apabila dunia dijadikan bertentangan dengan urusan akhiratnya dan membuatnya jauh dari ridha Rabbnya.(HR. Hakim)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...