15 December 2008

Warkah buat teman seperjuangan..


Sahabatku,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki.Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu sekuntum bunga yang indah, tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai SI MAWAR BERDURI.




Ingatlah sahabatku yang tersayang,

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal, dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.




~adaptasi novel tautan hati~

1 comment:

Siti Asma Bt. Mohd. Noor said...

terima kasih kerana sudi berkongsi kata-kata ini di blog ini... alhamdulillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...