16 December 2009

kata-kata~



"Perancangan yang tidak ditulis adalah perancangan yang akan dilupakan. Ingatlah, mereka yang GAGAL merancang, merancang untuk GAGAL!
Selepas merancang, susulilah ia dengan usaha yang gigih."

[al-quran]



Bismillahirrahmanirrahim.
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat".
[surah al-ankabut, ayat 45].

Imam Ghazali mengatakan dalam kitab Ihya' Ulumuddin~

Sebab-sebab yang menutup atau menghijabkan hati individu dari memahami al-Quran ialah :
1.Terlebih tumpuan pada huruf, makhraj dan sebutan.
2. Fanatik terhadap satu pegangan dan pendapat yang pernah didengarnya sehingga tertutup hatinya untuk                 faham dengan lebih mendalam tentang al-Quran.
3. Kekal dalam dosa, sehingga hatinya menjadi karat dan gelap.

>> jadikanlah al-Quran sebagai landasan kecemerlangan.Untuk itu, maka bawalah Quran dan terjemahannya bersama-sama kita dan bacalah setiap hari dengan tajwid yang betul.

Mulakan dengan membaca 10 ayat. Kemudian, telitilah maksud-maksudnya sebelum kita menambah 10 ayat lagi.

>>Kepada sahabat-sahabat ana di SMAH, tahun depan kan kena hafaz surah sajdah dan yaasin?
jadi, lebih afdhal kalau kita hafal dan tahu maksud-maksud ayat yang kita hafal tu supaya kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dan dapat memperingatkan diri kita dan orang lain, inshaAllah.

Telah berkata Imam Sufyan at-Thauri :
"Apabila seseorang membaca Quran, para malaikat akan mencium antara kedua-dua belah matanya".

Ucapkanlah alhamdulillah dan membaca, "rabbi zidni 'ilman  naafi'a" setelah memperolehi ilmu yang baharu, inshaAllah.

Rujukan : buku tip2 cemerlang drpd Quran, Dr. Danial.

04 December 2009

Laa Tahzan!



Bismillahirrohmanirrohim~


Jangan bersedih!
 Sekiranya anda hidup miskin, betapapun masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang
Jangan bersedih kerana tidak mempunyai kenderaan, sebab masih ramai orang di sekeliling anda yang kakinya kudung.
Jangan bersedih kerana suatu penyakit, betapapun masih ramai orang di sekeliling anda yang mungkin telah bertahun-tahun terbaring di atas katil.
Jangan bersedih kerana anda kehilangan seorang anak, sebab masih ada orang lain yang telah kehilangan beberapa orang anaknya dalam suatu kecelakaan sekaligus.

Jangan bersedih!
 Kerana anda seorang muslim yang beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya,   hari qiamat dan qadha' serta qadar yang baik dan yang buruk!
Kerana, masih ramai orang kafir yang mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari qiamat, serta tidak mempercayai qadha' dan qadar.

Jangan bersedih!
Sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat ; sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan itu.
Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu teramat luasnya, pintu rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah ruah dan taubat yang anda lakukan pasti diterima.

Jangan bersedih!
Kerana anda sendirilah yang menggerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda,
meletihkan hati anda, mengganggu tidur anda dan membangunkan malam-malam anda.

Jadi, janganlah bersedih! Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan hambaNya yang beriman. Dan bersyukurlah sentiasa terhadap apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita semua!

~Ku cedok kata2 yang indah ini daripada buku La Tahzan!

cornflakes+milk+honey+raisin=yummy!





Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum w.b.t
Mungkin ramai yg pernah makan cornflakes+milk+honey+madu, kan?
Hmm, memang sedap!
Antum tak payah beli kat kedai yg memang dah mix dengan madu tu..ataupun cereal untuk diet tu..
Antum beli je madu, raisin, cornflakes, susu..
Pastu campurkan je..jimat duit sikit ( hmm, yeke?)






Madu ni ada banyak kelebihan dan khasiatnya..Dalam Quran pun Allah dah sebutkan khasiat madu nih..Buktinya? Hmm, ada dalam surah an-Nahl ayat 69, "Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia."

Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah berkata, "Sesiapa yg minum madu lebah pada waktu pagi, tiga kali setiap bulan, dia tidak akan menghidapi penyakit berbahaya."

Madu lebah ni mengandungi gula asli frukosa & frukosa yang mudah dihadam. Kalau dicampur dgn sedikit air, ia mampu menyerap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit! dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak! Madu lebah ni jugak mengandungi pelbagai jenis vitamin (B1,B2,B3,B5,B6,C) di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, calcium, potassium, sodium, chlorine, iron.

Antara khasiat madu ialah..
kalau bagi ibu hamil, membantu menjaga stamina dan kesihatan.
kalau bagi kanak2, membantu agar nafsu makan meningkat serta tahan daripada penyakit.
Merujuk kepada salah satu daripada buku Dr. Danial (Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden), madu lebah juga dapat mencegah proses basi dan pengeluaran bau busuk makanan. Selain itu, apabila madu lebah dimasak, ia mengeluarkan antioxidant tambahan yang memantapkan lagi sistem pertahanan badan.
Kalau nak tau lebih lagi tentang madu lebah ni, antum boleh rujuk di sini!
Wallahu'alam.


Sumber rujukan: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Dr Danial Zainal Abidin
                      : http://www.intro2u.net/new/2009/06/khasiat-madu-lebah/
                      : http://lenterahati.web.id/khasiat-madu.html

03 December 2009

Sifat Yang Perlu Ada Dalam Setiap DA'IE



Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.
2. Beramal dengan ilmunya.
3. Tahan marah (berlapang dada)
4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.
5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.
6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.
7. Kuat, sihat dan fasih lidah.
8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :
(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.
(b) ilmu sejarah umum.
(C) Ilmu Psikologi.
(d) Ilmu Geografi.
(e) Ilmu Akhlak
(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.
(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.
(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.
9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.
10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.
12. Bersifat wakar dan tenang.
13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.
14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.
15. Bersikap Taqwa dan Amanah.
BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH
Sifat wakar ada pada ;
(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.
(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.
(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.
(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.

Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.
(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.
(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.
(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.


" Kamu adalah umat yg terbaik yg dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. "
(Surah Ali Imran, 110)


Sumber artikel : www.iluvislam.com

26 November 2009

2 in 1



Bismillahirrohmanirrohim~


Funscrape.Com


assalamualaikum w.b.t~

hari ni ana sekadar ingin berkongsi sebuah klip video dengan antum semua~

mungkin ada yang pernah dengar dan lihat..

semoga anda semua dapat menghayati nasyid ini..

ahaa! lagi satu, selamat hari raya eidul adha ana ucapkan kepada semua..

semoga kita dapat menghayati arti korban yang sebenar..inshaAllah :)


24 November 2009

cuti.holiday.'utlah

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum..
Nampaknya cuti sekolah dah bermula..
Mesti ramai dah plan nak pi mana, cuti2 ni..

Mesti antum ada aktiviti2 tersendiri yg nk dibuat, kan?
Hmm, cuti2 ni, janganlah lupakan buku pula..
Paling penting, jangan lupa baca al-Quran setiap hari walaupun hanya beberapa ayat ..

Ayah ana dah mula bagi tugasan kat adik lelak ana & ana jgak..
Kami kena buktikan yg hasil kajian seorang profesor ni adalah benar..
Hmm, profesor ni kaji tentang al-Quran dan kaitannya dengan ilmu matematik..ahaa!
memang menyeronokkan utk kaji balik apa yg dia buat..
tapi susah sikitlah sebab kena tengok seluruh ayat dalam al-Quran..
memang memerlukan tumpuan dan kesabaran yang tinggi..

Contohnyelah..
Profesor ni kaji yang  dlm al-Quran, telah disebutkan tentang "hari" atau " yaum" sebanyak 365 kali..
Dan mengikut fakta, 365 hari kan bersamaan dgn setahun?
Jadi, kami berdua ni kena cari perkataan hari atau yaum, dan check balik samada betul atau tak betul ada 365 kalimah ni..
Selain daripada perkataan yaum atau hari, kami kena cari juga kalimah dunia dan akhirat, di mana kedua-duanya disebutkan sebanyak 115 kali dalam al-Quran..
Kalau malaikat dengan syaitan pula disebutkan sebanyak 88 kali..

Jadi, ana dengan adik ana pun ikutlah giliran untuk buat tugasan ni..
Contohnya, bila ana check kalimah dalam al-Quran dan ana jumpa kalimah yg kena cari, adik ana akan catat dalam satu buku brp byk jumlah kalimah tersebut..

Kalau antum nak tahu lebih mendalam lagi pasal perkara yang ana cakap ni, boleh klik kat (sini)

Hemm, musim cuti kali ni, ana mungkin tak melancong ke mana2 kot..
Sebab kakak dalam proses nak habiskan peperiksaan SPM..
Jadi, "terpaksalah" duduk di rumah..

Bagi ana, cuti ni ana nak penuhi dengan aktiviti2 yang berfaedah..
Sekarang ni, ana dalam proses nak habiskan novel english.. tajuknya, "blodd beast" by darren shan..
Memang best..!

Kalau bab2 mengemas rumah ni, memang dah jadi satu perkara wajib yang mesti ana lakukan di rumah setiap hari..
Cuci pinggan, lipat kain, cuci kain..
Tapi, tak delah semuanya ana buat ;)

Hmm, kalau nak tambahkan "kemahiran" dalam sesuatu subjek yg kita lemah, kita kenalah buat latihan banyak kali..
Contohnya macam ana ni, tahun depan nak SPM..
Dan ana ni lemah sikit subjek fizik..
Jadi, kenalah buat latihan byk2..
Supaya tahun depan, semuanya okay..inshaAllah..

Lagi satu, cuti2 ni juga,
Jagalah kesihatan anda..!
Kalau sakit, susah nak buat kerja..! ;)

Ana rasa setakat ni jelah yang boleh ana sampaikan dan lontarkan sedikit idea utk penuhi cuti yang agak lama ni..
Ingat ye, penuhilah masa kita dengan perkara yg berfaedah..kerana masa takkan berulang kembali..
Ana asif kalau ana tersilap bicara..
Ilal liqa'..!
Wa fi amanillah!

23 November 2009

Taqwa

Photo by: Kaveh Golestan / A soldier reading the quran
inside his trench in beitol moghadas operation zone / Khoramshahr / 1983

Bismillahirrohmanirrohim.

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah, ana tertarik dengan tazkirah / ceramah yang disampaikan oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin di radio Perak.fm.

Lantas, ana capai pen dan sehelai kertas dari beg ana untuk menyalin apa yang bakal disampaikan oleh Dr. Danial.

Alhamdulillah, antara isi utama yang ana dapat daripada tazkirah tersebut adalah..
Maksud TAQWA. Taqwa ni ada banyak maksud.
Tapi, bagi Dr. Danial, beliau telah mengambil maksud taqwa daripada Abdullah bin Mas'ud.
Katanya, Taqwa bermaksud :

1. Jauh daripada maksiat.
    yakni, walaupun kita berada di mana sekalipun ataupun berada jauh daripada pandangan ibu bapa atau        
    guru, kita tetap punyai rasa amanah untuk tidak melakukan maksiat. kerana kita tahu bahawa Allah sedang  
     melihat  perilaku kita.

2. Tidak melupakan Allah.
    ingatlah ayat Allah yang berbunyi, " Fadzkuruunii adzkurkum" yang bermaksud, "Ingatlah kepada-Ku
    (Allah), nescaya Aku akan mengingatimu".

3. Syukur kepada nikmat Allah, jangan kufur!


Dan Allah juga telah berfirman dalam Al-Quran, surah al-Hujurat, ayat 13, yang bermaksud,  "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu".


Wallahu'alam.

13 November 2009

rm 50..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ni ada masa sikit utk post entri..

Kat sekolah tadi, Muallim Selahuddin ( Guru Lughah Arabiyah ) ada bawa kamus Al- Farid (bahasa arab- bahasa melayu- bahasa inggeris). Isi kandungan dia memang sesuai utk semua orang.. Sebab mudah nak cari apa yang kita nak.. Harganya RM 50.. bagi ana, memang berbaloi kalau beli kamus ni.. Kamus ni keluaran Telaga Biru..



Kamus Al-Farid Arab-Arab-Inggeris-Melayu


Kamus Al-Farid Arab-Arab-Inggeris-Melayu • Kamus tri-bahasa ( bahasa Arab – bahasa Arab – bahasa Inggeris– bahasa Melayu ) dengan pendekatan terkini. • Susunan entri mengikut abjad daripada “alif” hingga “ya” untuk memudahkan carian perkataan. • Sesuai untuk rujukan pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, tenaga-tenaga pengajar bahasa Arab serta orang awam. • Mengandungi lebih daripada 50 tajuk-tajuk pilihan untuk memudahkan carian perkataan. • Mengandungi bacaan dalam solat, doa dan zikir harian. • Mengenal nama, sifat wajib dan sifat mustahil bagi Allah. • Mengenal nama negeri, kementerian dan institusi lain yang terdapat di Malaysia.


Jom beli! ;)

11 October 2009

Nadwah Kepimpinan 2009


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada 2 oktober lepas, satu program tlh dianjurkan oleh organisasi MUSLEH. Nama programnya NADWAH EKPIMPINAN PELAJAR. Dan ana merupakan salah seorang drpd 180 peserta yang hadir.

Kursus ni berlangsung di masjid kuarters KLIA. Kat sini, ana nk kongsi skit pengalaman yang ana dapat.

Ana & pljr2 yang lain bertolak dari sekolah pukul 12.15 pm. Mula-mula, ana ingatkan naik bas, tapi rupa-rupanya naik van sekolah kami yang sebelum ni jarang2 digunakan (^_^).
Van sekolah ni sebenarnya van hospital ____ =D Tapi, telah dicat dan direnovatekan menjadi van yang lebih selesa dan sesuai untuk pelajar. Setelah membaca doa naik kenderaan, kami pun bertolak. Syukran jazilan kepada Muallim Nazriq kerana telah membawa kami ke sana.

Persinggahan pertama kami sebelum tiba di masjid KLIA adalah Tapah. Kami menunaikan solat zohor dan makan tengahari. Baga ana, this is the first time ana lunch dgn kwn2 =D

Safar disambung semula. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak di kawasan yg berhampiran dgn KLIA. Masa tu dah pukul 5 petang kalau tak silap ana. Pendaftaran peserta pulak pukul 2.30 ptg sampai 4.30 ptg. Maknanya kami terlewat 30 minit sebab tersesat nak cari masjid kuarters KLIA. Yela, sebelum ni tak pernah sampai kat masjid tu..

Dah sampai kat masjid tu, ana dan banat2 yg lain pun berta'aruf antara satu sama lain. Ada yang dari irsyad, hira' & ramai lagi.. Antara banat2 yg ana ta'aruf tu, ada jugak yg prnh pi i'dad du'at ;)
Lepas ta'aruf, sesi taklimat pun berlangsung.

Lepas isyak, kami ada ceramah yg pertama. Ceramah tu bertajuk "KEPIMPINAN RASULULLAH". Alhamdulillah, byk input yg ana dpt dri ceramah ni. Antara ceramah2 lain yg telah disampaikn : Membina pasukan yang berjaya..n byk lagi..mmg byk input yg diperoleh..
Selain itu, kami ada LDK & TBC..

Pada hari terakhir program, sblm kami pulang, satu perbahasan atau perbincangan telah diadakan antara semua peserta dalam dewan kuliah. Perkara yg dibincangkan adalah bertujuan untuk menghasilkan satu RESOLUSI yang dipanggil RESOLUSI NADWAH 2009. Resolusi yg telah dihasilkan ialah :

  1. Mewujudkan K.P.I (Key Perfomance Indicator) untuk menyelaraskan tahap kepimpinan di sekolah
  2. Mencari pelapis dan perintis
  3. Mengadakan persidangan/ ijtima’ tahunan pemimpin-pemimpin pelajar
  4. Usrah dijadikan tunjang utama pemimpin
  5. Merakyatkan kepimpinan
  6. Berpegang dengan prinsip Belajar Untuk Dakwah dan Dakwah Untuk Semua
  7. Mewujudkan satu bai’ah kepimpinan di mana kita memimpin kerana ALLAH
  8. Mewujudkan MPP (Majlis Pimpinan Pelajar) di setiap sekolah MUSLEH

Lepas dah habis perbincangan, ada majlis penutup. Selesai acara penutup, sesi bergambar pun bermula. Lepas dah abis tangkap gambar, semua pelajar menuju ke arah taska untuk makan tengahari. Lepas dah abis makan, semua kemas barang, bersalam-salaman antara peserta dan mengucapkan selamat tinggal.

Setelah menunaikan solat zohor, kami pun bertolak dari masjid dan terus mencari di manakah hotel yang diduduki oleh Muallim Zul. [muallim zul ada kursus kat sana, so muallim pun join le kami utk balik ipoh] Cari punya cari, alhamdulillah akhirnya ketemu juga hotelnya. Masa tengah cari hotel muallim, punyalah banyak kali u-turn n tersilap jalan. Yela, kami bukan org sana, jadi tak tau selok-belok jalannya =D

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di sekolah pada waktu maghrib dan terus menunaikan solat maghrib secara berjama'ah. Lepas abis solat, sempat juga ambil gambar dengan muallim zul, muallim nazriq n semua peserta nadwah.

Akhirnya, semua pulang ke rumah masing2. Tapi, ana dengan afiqah, husna, ain pi singgah di rumah amalina utk berhari raya~ hehe.. Beraya di rumah orang pada waktu malam =D

Ana ingat bolehla terus balik lepas beraya, tapi rupa2nya ayah ajak satu family makan kat medan gopeng~ Masa tu punyalah mengantuknya ;) Dalam kereta, ayah tanya, " esok nak pergi sekolah jugak ke?".. mestilah nak! [walaupun penat, tapi hati ni rasa b'kobar2 nak pi sekolah].

Esoknya, kat sekolah~
Haisy..tersengguk-sengguk dalam kelas..=D

Akhir kalam, alhamdulillah ana mmg dpt byk input dri program ni n ana berharap dapat mengamalkannya, InshaAllah.

peserta banin : nabil, adam, azhar, nik, adik nasuha [ sori, tak ingat nama ;) ]
peserta banat : afiqah, ain, husna, fatimah, mawaddah, sabrina, raihan, ummi
guru pengiring : muallim nazriq & muallim yusri







27 September 2009

cuti.raya.sekolah.



Assalamualaikum.

Hampir seminggu kita berada dalam bulan Syawal.
Semoga segala amalan yang kita praktikkan di madrasah Ramadhan, akan tetap berjalan. ISTIQAMAH.

Dalam kegembiraan menyambut hari raya ini, janganlah kita lupa pada saudara2 kita yg berada di Palestin, Afghanistan dan di mana-mana sahaja. Seharusnya kita bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan negara Malaysia dengan rezeki yang cukup & hidup dlm aman, inshaAllah. KESYUKURAN.

Isnin ni dah buka sekolah balik. Kepada kawan2, ayuh kita teruskan perjuangan! Jangan mudah berputus asa, krn sesungguhnya org yang gagal mudah b'putus asa. Di samping studi2 tu, jangan lupa untuk berdoa kepada ALLAH supaya segala ilmu yg kita pelajari akan diberkahi-Nya, inshaAllah. Apa yang paling penting ialah kita belajar hanya kerana Allah dan juga untuk mencapai MARDHOTILLAH.

*penuhilah harimu dengan sentiasa mengingati ALLAH! ;) *

19 September 2009

Kisah.Tentang.Dia..Dahulu.dan.Kini.

Dulu,
Dia bukan seorang yang rajin menutup aurat,
Kadang-kadang nampak tengkuk,
Kadang-kadang nampak kaki,
Dia tahu tentang aurat,
Tapi dia tak amalkan.
Tapi kini,
Dia sudah tahu kewajipan yang harus dilaksanakan,
Kerana dia tahu Allah sentiasa melihat dia,
Kerana dia tahu benda yang dia dah belajar kena amalkan.

Dulu,
Dia sering menta'khirkan solat,
Sebab dia rasa malas,
Sebab dia terlalu asyik dengan drama-drama dan lagu-lagu yang ditayangkan,
Sebab dia langsung tak ingat azab Allah.
Tapi kini,
Dialah yang paling awal menunaikan solat,
Dialah yang sering mengingatkan ahli keluarganya,
Supaya solat di awal waktu,
Kerana dia sudah tahu,
Bahawa orang yang sengaja melewatkan solat,
Akan dihina oleh makhluk-makhluk Allah di muka bumi ini,
Dan dia juga tahu bahawa solat-lah yang akan ditanya mula2 semasa di akhirat nanti.

13 September 2009

Solat Sunat Awwabin~




salam 'alaik..
bagaimana dengan harimu? ceria? sedih? gembira?.. bagaimana dgn amalmu? adakah imanmu bertambah atau berkurang? semoga amal dan iman kita semua sentiasa berada dlm keadaan yg 'stabil'. InshaAllah. Moga2 kita x mensia-siakan bln ramadhan ni dgn benda yg x berfaedah.

Kat sini, ana nak kongsi sikit ttg SOLAT SUNAT AWWABIN / HIFZUL IMAN..
Solat sunat ni, kt blh amalkn antara solat Maghrib wa Isyak. Sunat Awwabin ni maksudnya kembali mengingati Allah semasa kebanyakan manusia masih sibuk dengan kerja atau urusan2.
Dalam hal ni, Rasulullah SAW ada bersabda yg bermaksud :
[ Sesiapa yang solat selepas solat Maghrib enam rakaat sebelum berkata-kata, nescaya diampunkan baginya segala dosanya selama lima puluh tahun]

>.<>

Utk maklumat yg lbih lanjut ttg solat sunat ni, antum bolehla search di http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm#SOLAT_SUNAT_AWWABIN..
Semoga dgn ilmu yg kita peroleh ni, akan kita amalkan. InshaAllah.
Bak kata pepatah Arab yg berbunyi [ Ilmu tanpa amal amal, ibarat pokok tanpa buah ].
Dan semoga kita sentiasa istiqamah dlm melakukan segala amalan.

31 August 2009

1 September 2009M




Selamat Hari Lahir Nur Syakirah binti Jamaluddin!
Semoga Allah Memberkati dan Mempermudahkan Segala Urusanmu!
InshaAllah.
[tambah pahala, tolak dosa]
Ukhuwwah Fillah!

~kata-kata hikmah~




Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan.
Adakalanya Dia mengambil sebelum sempat Dia memberitahu, kerna Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya dia sedang menguji tanpa kita sedari. Maka Dia anugerahkan aqal kepada kita untuk berfikir... Memilih jalan yang TERBAIK.

[daripada.ukhti.farhana.]


Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan petir dan kilat,
Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

[daripada.ukhti.qurratu.aini.syamimi.]


Kekayaan yang paling kaya adalah aqal,
Kemiskinan yang paling besar adalah jahil,
Keburukan yang paling hodoh adalah sesat,
Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Jika diri tak seindah Sulaiman,
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha,
Tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim,
Jia diri tak sekuat Sarah,
Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah,
Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w.

[daripada.ukhti.faihan.]

22 August 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

"Dalam bulan Ramadhan, diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dan yang salah..."
* Surah Al-Baqarah, 2:185


Assalamualaikum~

Puasa! Esok PUASA!
Allahumma Ballighna Ramadhan..Amin..

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kita bertemu lagi di alam maya ini.

InshaAllah, esok seluruh umat Islam di Malaysia dan kawasan "GMT" yang sama dengan Malaysia akan berpuasa di bulan Ramadhan kareem.

Seharusnya, kita patut bersyukur kerana Allah masih memberi kita peluang menjalankan ibadah puasa, solat tarawih dan seangkatan dengannya di bulan Ramadhan ini.

Sebelum tu, puasa tu maksudnya apa? Rasanya semua orang dah maklum.. Puasa dari segi bahasa adalah menahan diri. Dari segi istilah pula, ia bermaksud menahan diri drpd melakukan perkara2 yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hatta terbenam matahari disertai dengan niat.

Cuba kita ingat balik, tahun lepas atau tahun2 sebelumnya, adakah ibadah kita di bulan Ramadhan amat bagus? Adakah kita dapat khatam al-Quran sekali/ 2 kali/ 3 kali tahun lepas? Adakah kita bangun malam tiap2 hari?
Kalau jawapannya "TIDAK", apa kata kita targetkan bulan ramadhan ni ana nak khatam al-Quran 2 kali, ana nak bangun qiam tiap2 hari.. kalau tak mampu pun, buatla 2hari sekali ke..asalkan kita buat..Lagi, kita targetkan untuk solat tarawih 8 / 20 raka'at setiap hari..Sebenarnya, banyak fadhilat yang ada pada solat tarawih ni..Lagipun, solat tarawih ni hanya ada pada bulan ramadhan je.. Jadi, kita rebutlah peluang ni untuk melakukan ibadah tersebut dengan bersungguh-sungguh..

Dalam menjalani ibadah puasa ni, jagalah kelakuan kita.. contohnya, jangan mengumpat..tak payahla tengok tv selalu..kalau dokumentari@hujah@halaqah tu tak pela.. Tapi, kalau telemovie2 tu, tak payahla.. Lebih baik kita baca al-Quran or baca buku or tolong mak ke..Pertingkatkanlah amal ibadah kita..

Homework yang diberi, jangan pula dilupakan. Bak kata Muallim Nazriq, study ni pun ibadah jugak. Antara homework yg kna buat ialah.. esei sejarah, nota bab 9 sejarah ( dark age), soalan objektif bab 8-sejarah-, salin 13 esei BI dan lain2..
Teringat kata2 Mh. Azizah, ilmu kita berbanding dengan ilmu Allah, kecillll sangat.. Ilmu kitaumpama hujung jarum yg dicelup ke dalam segelas air.. Cuba bayangkan, punyala sikitnye.. Jadi, kita x perlulah nak bermegah-megah dgn ilmu yg kita ada..

Akhir kalam, selamat menyambut bulan Ramadhan!
Ayuh kita pertingkatkan amal kita dgn amalan yg baik! Apa yg pling penting adalah niat kita serta istiqamah haruslah ada dalam diri kita.
Wallahu'alam.






23 July 2009

Marwa Al-Sharbini~As-Syuhadah, InshaAllah

marwa al sharbini

Ikhlas kami katakan yang kami jugak hanya tahu mengenai Marwa Al-Sharbini, seorang muslimah yang mati syahid mempertahankan auratnya di German. Terharu betul kitorang baca kisah Marwa. Tambah terharu bila perbandingan dibuat dengan sambutan kematian Michael Jackson. Kami pun salah seorang yang tenggelam dan tak menyedari kematian seorang syuhadah.

Marilah kita sama-sama renung-renungkan kisah Marwa Al-Sharbini dan perbandingan dengan cerita Michael Jackson. Baca artikel ini selengkapnya untuk mengetahui kisah sepenuhnya. Kalau boleh sebar-sebarkan kepada orang ramai ye. Thanks ~~~

marwa al sharbini

Sedih. Miris. Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pemakaman the King of Pop, Michael Jackson yang begitu gegap gempita di televisi-televisi kita sepanjang hari kemarin. Beberapa stasiun tv bahkan bela-belain menayangkan tayangan eksklusif langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si Raja Musik Pop sampai pagi ! Dan entah berapa juta mata masyarakat Indonesia yang rela menahan kantuk demi menyaksikan acara itu.

Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung pemakaman seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, wafat akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di televisi-televisi Indonesia, negara yang mayoritas penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa.

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa ke tempat peristirahatannya yang terakhir, memang tidak sebanyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas kasusnya. Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan kaparat keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.

marwa al sharbini

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeda jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita kemarin cuma dijejali dengan pemberitaan seputar pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangis kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa … karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …





Sumber: http://beautifulnara.com

04 June 2009

MATLAMAT HIDUP~ HADAFUL HAYAAT..

APAKAH MATLAMAT HIDUP KITA?

~ Sebagai KHALIFAH di muka BUMI yang fana' ini

~ Untuk mendapat keredhaan Allah Ta'ala ( Mardhotillah)

~ Beribadah kepada Allah Ta'ala ( samada secara khusus au umum)


BAGAIMANA NAK CAPAI MATLAMAT2 TERSEBUT??

~ Mengadakan USRAH au HALAQAH kerana ia boleh melahirkan individu muslim yang jayyid

~ Menerapkan 10 MUWASAFAT TARBIYYAH :

1. Salimul Aqidah ^^ 'Aqidah yang sejahtera

2. Sahihul 'Ibadah ^^ 'Ibadah yang betul

3. Qawiyyal Jism ^^ Kuat tubuh badan

4. Matinul Khuluq ^^ Akhlaq yang mantap

5. Mutsaqqafal Fikri ^^ Fikiran yang berpengetahuan

6. Qadiran 'Ala Kasbi ^^ Mampu berusaha

7. Mujahadah 'Ala Nafsi ^^ Mampu melawan nafsu

8. Harithun 'Ala Waqtihi ^^ Menjaga waqtu

9. Munazzamun fii Syuuinihi ^^ Tersusun dalam urusan

10. Nafi'un Li Ghairihi ^^ Berguna untuk orang lain


~ AMNM ( Amar Makruf wa Nahi Munkar)

~ Berpegang kepada 3 rukun bai'ah iaitu;

1. FAHAM
2. IKHLAS
3. AMAL

TANPA FAHAM, TAKKAN TERLAHIRNYA SIFAT IKHLAS..
Kalau Ikhlas takde dalam diri kita, lagilah susah bagi kita untuk membuat amal kebaikan!

~ Saling menasihati antara ahli keluarga, sahabat untuk mencapai matlamat2 tadi

~ Mempunyai 'Ilmu yang luas


Semoga antum semua sukses dalam mencapai matlamat hidup antum!!
Wassalamualaikum warahmatullahi Wabarokatuh..

20 April 2009

sedikit coretan

Assalamualaikum..

Lama tak tulis blog..

Talking about result ujian..wahh, byk markah down..
Akaun dpt 64 je..BAT dpt 64 je..
Huah..itu yg sedih tu..
Tapi, tak pe..kakak ana pun ckp, mula2 memang dpt b..c..
Tapi, InshaAllah, if we study harder and smarter, we can score it..

InshaAllah, Jumaat ni, kaum hawa di SMAH akan berkhemah di Pecah Batu, Guar Manong..
Tak sabar rasanya..

Okay, sekarang ni cakap pasal tanggungjawab sebagai Pengawas..
Alhamdulillah, setakat ni ok.. Setakat ni, projek pgws form4 yg dh buat adalh buku panduan pengawas..Susah jugak..
Tapi, atas bimbingan kak Yusraa (thanks kak yusraa)..akhirnya siap jugak buku tu..
Pengawas form4 takdela ramai sangat..banat 5 orang, banin pulak 2 orang je..

Haa....last week, En. Radzi dtg..
Bagi ceramah pasal makanan halal...
Jangan beli mee keris, mee angsana ye...
sbb makanan dia kemungkinan x bersih..
Jadi, carilah makanan yang halalan thoyyiba..

Oklah, sampai sini sahaja coretan ana..
Salam alaik..

03 April 2009

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI

www.iluvislam.com
mufidah
azzahra-solehah


Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati... 

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki. 

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.” 

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku. 

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya.. 

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go. 

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam. 

27 March 2009

~unic-sahabat sejati~



Assalamualaikum..
Lagu ni ana tujukan khas untuk sahabat-sahabat ana di SM Al-Hidayah, Ipoh dan juga sesiapa yg mengenali diri ana..=)

20 March 2009

Lost World~

Assalamualaikum..
hari ni ana nk cerita skit pasal p'gembaraan di Lost World, Tambun..
Semalam, 19 mac 2009,khamis, ana bersama mak, kakak dan adik pergi Lost World..
First time pi sana..
Tepat2 pukul 10 pagi, kami masuk dlm Lost World tu..
Besar jugak tempat dia..
Mula2 sampai kat situ, kita org tak taw nk buat apa dulu..hihihi..mcm rusa masuk kg pulak..
Tempat pertama yg kami cari adlh tmpt utk meletakkn beg2 kami..
hmm..akhirnya dptla jgak tmptnya..

Sedang ana mempersiapkan diri untuk ''bermain-main'' dgn adik-beradik ana, tiba2 ana t'lihat seorg pljr ex-_____ x pakai tudung..mashaAllah, Astaghfirullah..terkejut sungguh dgn cara pemakaian dia..
hurm.. x taw nk kata ape..
apa2 pun, kita kembali kepada cite kita blk psl Lost World..
Lps dh ready sume, tmpt yg first kt org pi adalah gelungsur yg tinggi kat atas bukit (aiyoyo, susahnya nk terangkan..kome phm2 jela..hihi).
Waahh..mmg bestla.. dua kali je ana main benda tu sebab tak larat nk naik tangga yg tinggi sungguh..adik ngan kakak ana main bnd tu nk dkt 4 kali..fuihh, power betul deme..
Hurm..lepastu pi tempat swimming mcm kat pantai..
x dela best sgt..hehe..t'buka sgt tempat tu, segan nk swimming..
huhu..klu x, nk je swimming..

Tempat ketiga yg kt org pi pulak adlh tmpt yg 'relax'2x je..
Maksudnya dia mcm ada laluan air-lah..emm..susahnye nk terangkan..
sape yg pernah pi tu, paham2 jela, ye.
Dkt tempat tulah jugak, kt org t'jumpa pljr perempuan tdi..
bila dh dekat je dgn dia, ana tgk jela muka kakak tu sambil t'senyum2..
muka kakak tu plak, mcm t'cengang-cengang..hihi..
rasa mcm nk tegur, tpi dia dtg dgn family dia..
Moga2 kakak tu akan sedar suatu hari nanti..amin..

Ada satu masa tu, kt org pi naik kapal yg melayang tinggi2 tu..best betul..rasa mcm nk t'cabut jantung! sambil 'melayang2' tu, ana tgkla pmndgn di sekitar Lost World, awan, bukit...subhanallah, sungguh indah ciptaan Ilahi.
Tpi, satu benda yg ana x suka naik kpl ni, sbb ada psgn couple..umur lbh kurg sama mcm ana kot..
Yg x laratnye, bila dh sampai tmpt high, pompuan tu mula-la takut, pastu peluk psgnnya..
Ya Allah, apa nk jadi dengan depa ni? x malu ka? aiyoyo..
mcm mana nk jadi pewaris negara macam ni??
Na'uzubillahiminzalik.

Kt org ada kat Lost World tu dr pukul 10 pagi sampai 1.00 tghari..huhu
Sbnrnya, nk bgi can kat adik..sbb cuti ni ktorg x ke mana pun..dok rumah je..
Bila pi Lost World, Alhamdulillah ana dpt m'eratkn lgi kasih syg sesama ahli keluarga ana..
Lagi satu, ana dpt lihat mcm mn situasi sebenar di luar..

Sampai di sini sahaja coretan ana..
Ana minta maaf kalau ada mana2 pihak yg terasa.
Wassalam.


13 February 2009

rama-rama dan wanita

Rama-Rama dan Wanita
Dr. HM Tuah
editor : kasihsayang
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan. Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya. Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.
Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya. Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda.
Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...