31 August 2009

1 September 2009M




Selamat Hari Lahir Nur Syakirah binti Jamaluddin!
Semoga Allah Memberkati dan Mempermudahkan Segala Urusanmu!
InshaAllah.
[tambah pahala, tolak dosa]
Ukhuwwah Fillah!

~kata-kata hikmah~




Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan.
Adakalanya Dia mengambil sebelum sempat Dia memberitahu, kerna Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya dia sedang menguji tanpa kita sedari. Maka Dia anugerahkan aqal kepada kita untuk berfikir... Memilih jalan yang TERBAIK.

[daripada.ukhti.farhana.]


Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan petir dan kilat,
Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

[daripada.ukhti.qurratu.aini.syamimi.]


Kekayaan yang paling kaya adalah aqal,
Kemiskinan yang paling besar adalah jahil,
Keburukan yang paling hodoh adalah sesat,
Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Jika diri tak seindah Sulaiman,
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha,
Tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim,
Jia diri tak sekuat Sarah,
Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah,
Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w.

[daripada.ukhti.faihan.]

22 August 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

"Dalam bulan Ramadhan, diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dan yang salah..."
* Surah Al-Baqarah, 2:185


Assalamualaikum~

Puasa! Esok PUASA!
Allahumma Ballighna Ramadhan..Amin..

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kita bertemu lagi di alam maya ini.

InshaAllah, esok seluruh umat Islam di Malaysia dan kawasan "GMT" yang sama dengan Malaysia akan berpuasa di bulan Ramadhan kareem.

Seharusnya, kita patut bersyukur kerana Allah masih memberi kita peluang menjalankan ibadah puasa, solat tarawih dan seangkatan dengannya di bulan Ramadhan ini.

Sebelum tu, puasa tu maksudnya apa? Rasanya semua orang dah maklum.. Puasa dari segi bahasa adalah menahan diri. Dari segi istilah pula, ia bermaksud menahan diri drpd melakukan perkara2 yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hatta terbenam matahari disertai dengan niat.

Cuba kita ingat balik, tahun lepas atau tahun2 sebelumnya, adakah ibadah kita di bulan Ramadhan amat bagus? Adakah kita dapat khatam al-Quran sekali/ 2 kali/ 3 kali tahun lepas? Adakah kita bangun malam tiap2 hari?
Kalau jawapannya "TIDAK", apa kata kita targetkan bulan ramadhan ni ana nak khatam al-Quran 2 kali, ana nak bangun qiam tiap2 hari.. kalau tak mampu pun, buatla 2hari sekali ke..asalkan kita buat..Lagi, kita targetkan untuk solat tarawih 8 / 20 raka'at setiap hari..Sebenarnya, banyak fadhilat yang ada pada solat tarawih ni..Lagipun, solat tarawih ni hanya ada pada bulan ramadhan je.. Jadi, kita rebutlah peluang ni untuk melakukan ibadah tersebut dengan bersungguh-sungguh..

Dalam menjalani ibadah puasa ni, jagalah kelakuan kita.. contohnya, jangan mengumpat..tak payahla tengok tv selalu..kalau dokumentari@hujah@halaqah tu tak pela.. Tapi, kalau telemovie2 tu, tak payahla.. Lebih baik kita baca al-Quran or baca buku or tolong mak ke..Pertingkatkanlah amal ibadah kita..

Homework yang diberi, jangan pula dilupakan. Bak kata Muallim Nazriq, study ni pun ibadah jugak. Antara homework yg kna buat ialah.. esei sejarah, nota bab 9 sejarah ( dark age), soalan objektif bab 8-sejarah-, salin 13 esei BI dan lain2..
Teringat kata2 Mh. Azizah, ilmu kita berbanding dengan ilmu Allah, kecillll sangat.. Ilmu kitaumpama hujung jarum yg dicelup ke dalam segelas air.. Cuba bayangkan, punyala sikitnye.. Jadi, kita x perlulah nak bermegah-megah dgn ilmu yg kita ada..

Akhir kalam, selamat menyambut bulan Ramadhan!
Ayuh kita pertingkatkan amal kita dgn amalan yg baik! Apa yg pling penting adalah niat kita serta istiqamah haruslah ada dalam diri kita.
Wallahu'alam.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...