19 September 2009

Kisah.Tentang.Dia..Dahulu.dan.Kini.

Dulu,
Dia bukan seorang yang rajin menutup aurat,
Kadang-kadang nampak tengkuk,
Kadang-kadang nampak kaki,
Dia tahu tentang aurat,
Tapi dia tak amalkan.
Tapi kini,
Dia sudah tahu kewajipan yang harus dilaksanakan,
Kerana dia tahu Allah sentiasa melihat dia,
Kerana dia tahu benda yang dia dah belajar kena amalkan.

Dulu,
Dia sering menta'khirkan solat,
Sebab dia rasa malas,
Sebab dia terlalu asyik dengan drama-drama dan lagu-lagu yang ditayangkan,
Sebab dia langsung tak ingat azab Allah.
Tapi kini,
Dialah yang paling awal menunaikan solat,
Dialah yang sering mengingatkan ahli keluarganya,
Supaya solat di awal waktu,
Kerana dia sudah tahu,
Bahawa orang yang sengaja melewatkan solat,
Akan dihina oleh makhluk-makhluk Allah di muka bumi ini,
Dan dia juga tahu bahawa solat-lah yang akan ditanya mula2 semasa di akhirat nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...