11 October 2009

Nadwah Kepimpinan 2009


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada 2 oktober lepas, satu program tlh dianjurkan oleh organisasi MUSLEH. Nama programnya NADWAH EKPIMPINAN PELAJAR. Dan ana merupakan salah seorang drpd 180 peserta yang hadir.

Kursus ni berlangsung di masjid kuarters KLIA. Kat sini, ana nk kongsi skit pengalaman yang ana dapat.

Ana & pljr2 yang lain bertolak dari sekolah pukul 12.15 pm. Mula-mula, ana ingatkan naik bas, tapi rupa-rupanya naik van sekolah kami yang sebelum ni jarang2 digunakan (^_^).
Van sekolah ni sebenarnya van hospital ____ =D Tapi, telah dicat dan direnovatekan menjadi van yang lebih selesa dan sesuai untuk pelajar. Setelah membaca doa naik kenderaan, kami pun bertolak. Syukran jazilan kepada Muallim Nazriq kerana telah membawa kami ke sana.

Persinggahan pertama kami sebelum tiba di masjid KLIA adalah Tapah. Kami menunaikan solat zohor dan makan tengahari. Baga ana, this is the first time ana lunch dgn kwn2 =D

Safar disambung semula. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak di kawasan yg berhampiran dgn KLIA. Masa tu dah pukul 5 petang kalau tak silap ana. Pendaftaran peserta pulak pukul 2.30 ptg sampai 4.30 ptg. Maknanya kami terlewat 30 minit sebab tersesat nak cari masjid kuarters KLIA. Yela, sebelum ni tak pernah sampai kat masjid tu..

Dah sampai kat masjid tu, ana dan banat2 yg lain pun berta'aruf antara satu sama lain. Ada yang dari irsyad, hira' & ramai lagi.. Antara banat2 yg ana ta'aruf tu, ada jugak yg prnh pi i'dad du'at ;)
Lepas ta'aruf, sesi taklimat pun berlangsung.

Lepas isyak, kami ada ceramah yg pertama. Ceramah tu bertajuk "KEPIMPINAN RASULULLAH". Alhamdulillah, byk input yg ana dpt dri ceramah ni. Antara ceramah2 lain yg telah disampaikn : Membina pasukan yang berjaya..n byk lagi..mmg byk input yg diperoleh..
Selain itu, kami ada LDK & TBC..

Pada hari terakhir program, sblm kami pulang, satu perbahasan atau perbincangan telah diadakan antara semua peserta dalam dewan kuliah. Perkara yg dibincangkan adalah bertujuan untuk menghasilkan satu RESOLUSI yang dipanggil RESOLUSI NADWAH 2009. Resolusi yg telah dihasilkan ialah :

  1. Mewujudkan K.P.I (Key Perfomance Indicator) untuk menyelaraskan tahap kepimpinan di sekolah
  2. Mencari pelapis dan perintis
  3. Mengadakan persidangan/ ijtima’ tahunan pemimpin-pemimpin pelajar
  4. Usrah dijadikan tunjang utama pemimpin
  5. Merakyatkan kepimpinan
  6. Berpegang dengan prinsip Belajar Untuk Dakwah dan Dakwah Untuk Semua
  7. Mewujudkan satu bai’ah kepimpinan di mana kita memimpin kerana ALLAH
  8. Mewujudkan MPP (Majlis Pimpinan Pelajar) di setiap sekolah MUSLEH

Lepas dah habis perbincangan, ada majlis penutup. Selesai acara penutup, sesi bergambar pun bermula. Lepas dah abis tangkap gambar, semua pelajar menuju ke arah taska untuk makan tengahari. Lepas dah abis makan, semua kemas barang, bersalam-salaman antara peserta dan mengucapkan selamat tinggal.

Setelah menunaikan solat zohor, kami pun bertolak dari masjid dan terus mencari di manakah hotel yang diduduki oleh Muallim Zul. [muallim zul ada kursus kat sana, so muallim pun join le kami utk balik ipoh] Cari punya cari, alhamdulillah akhirnya ketemu juga hotelnya. Masa tengah cari hotel muallim, punyalah banyak kali u-turn n tersilap jalan. Yela, kami bukan org sana, jadi tak tau selok-belok jalannya =D

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di sekolah pada waktu maghrib dan terus menunaikan solat maghrib secara berjama'ah. Lepas abis solat, sempat juga ambil gambar dengan muallim zul, muallim nazriq n semua peserta nadwah.

Akhirnya, semua pulang ke rumah masing2. Tapi, ana dengan afiqah, husna, ain pi singgah di rumah amalina utk berhari raya~ hehe.. Beraya di rumah orang pada waktu malam =D

Ana ingat bolehla terus balik lepas beraya, tapi rupa2nya ayah ajak satu family makan kat medan gopeng~ Masa tu punyalah mengantuknya ;) Dalam kereta, ayah tanya, " esok nak pergi sekolah jugak ke?".. mestilah nak! [walaupun penat, tapi hati ni rasa b'kobar2 nak pi sekolah].

Esoknya, kat sekolah~
Haisy..tersengguk-sengguk dalam kelas..=D

Akhir kalam, alhamdulillah ana mmg dpt byk input dri program ni n ana berharap dapat mengamalkannya, InshaAllah.

peserta banin : nabil, adam, azhar, nik, adik nasuha [ sori, tak ingat nama ;) ]
peserta banat : afiqah, ain, husna, fatimah, mawaddah, sabrina, raihan, ummi
guru pengiring : muallim nazriq & muallim yusri







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...