24 November 2009

cuti.holiday.'utlah

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum..
Nampaknya cuti sekolah dah bermula..
Mesti ramai dah plan nak pi mana, cuti2 ni..

Mesti antum ada aktiviti2 tersendiri yg nk dibuat, kan?
Hmm, cuti2 ni, janganlah lupakan buku pula..
Paling penting, jangan lupa baca al-Quran setiap hari walaupun hanya beberapa ayat ..

Ayah ana dah mula bagi tugasan kat adik lelak ana & ana jgak..
Kami kena buktikan yg hasil kajian seorang profesor ni adalah benar..
Hmm, profesor ni kaji tentang al-Quran dan kaitannya dengan ilmu matematik..ahaa!
memang menyeronokkan utk kaji balik apa yg dia buat..
tapi susah sikitlah sebab kena tengok seluruh ayat dalam al-Quran..
memang memerlukan tumpuan dan kesabaran yang tinggi..

Contohnyelah..
Profesor ni kaji yang  dlm al-Quran, telah disebutkan tentang "hari" atau " yaum" sebanyak 365 kali..
Dan mengikut fakta, 365 hari kan bersamaan dgn setahun?
Jadi, kami berdua ni kena cari perkataan hari atau yaum, dan check balik samada betul atau tak betul ada 365 kalimah ni..
Selain daripada perkataan yaum atau hari, kami kena cari juga kalimah dunia dan akhirat, di mana kedua-duanya disebutkan sebanyak 115 kali dalam al-Quran..
Kalau malaikat dengan syaitan pula disebutkan sebanyak 88 kali..

Jadi, ana dengan adik ana pun ikutlah giliran untuk buat tugasan ni..
Contohnya, bila ana check kalimah dalam al-Quran dan ana jumpa kalimah yg kena cari, adik ana akan catat dalam satu buku brp byk jumlah kalimah tersebut..

Kalau antum nak tahu lebih mendalam lagi pasal perkara yang ana cakap ni, boleh klik kat (sini)

Hemm, musim cuti kali ni, ana mungkin tak melancong ke mana2 kot..
Sebab kakak dalam proses nak habiskan peperiksaan SPM..
Jadi, "terpaksalah" duduk di rumah..

Bagi ana, cuti ni ana nak penuhi dengan aktiviti2 yang berfaedah..
Sekarang ni, ana dalam proses nak habiskan novel english.. tajuknya, "blodd beast" by darren shan..
Memang best..!

Kalau bab2 mengemas rumah ni, memang dah jadi satu perkara wajib yang mesti ana lakukan di rumah setiap hari..
Cuci pinggan, lipat kain, cuci kain..
Tapi, tak delah semuanya ana buat ;)

Hmm, kalau nak tambahkan "kemahiran" dalam sesuatu subjek yg kita lemah, kita kenalah buat latihan banyak kali..
Contohnya macam ana ni, tahun depan nak SPM..
Dan ana ni lemah sikit subjek fizik..
Jadi, kenalah buat latihan byk2..
Supaya tahun depan, semuanya okay..inshaAllah..

Lagi satu, cuti2 ni juga,
Jagalah kesihatan anda..!
Kalau sakit, susah nak buat kerja..! ;)

Ana rasa setakat ni jelah yang boleh ana sampaikan dan lontarkan sedikit idea utk penuhi cuti yang agak lama ni..
Ingat ye, penuhilah masa kita dengan perkara yg berfaedah..kerana masa takkan berulang kembali..
Ana asif kalau ana tersilap bicara..
Ilal liqa'..!
Wa fi amanillah!

3 comments:

Hadi said...

Assalamualaikum

Semoga berjaya dengan tugasan anti..

ana cuti ni dok hafal ayat2 quran cket2, study mane yg ana tak lepas agi terutama fizik,bio,kimia and add math..

and tak lupa amek lesen..

sekrang ini da dapat "L"..

huh...

peace_tranquility said...

Salam...hm, nmpaknye bnyak tugasan yg perlu diselesaikan tu...

InsyaAllah boleh..lebih2 lg bile niat kerana Allah, niat kerana yang mengkagi ciptaan Allah.

Bagus tugasan yg ayah kmu bgi tu..

mumtahanah~ said...

to syukriah ~ thanks for giving me the spirit!

to hadi ~ thanks.. semoga sukses jugak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...