23 November 2009

Taqwa

Photo by: Kaveh Golestan / A soldier reading the quran
inside his trench in beitol moghadas operation zone / Khoramshahr / 1983

Bismillahirrohmanirrohim.

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah, ana tertarik dengan tazkirah / ceramah yang disampaikan oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin di radio Perak.fm.

Lantas, ana capai pen dan sehelai kertas dari beg ana untuk menyalin apa yang bakal disampaikan oleh Dr. Danial.

Alhamdulillah, antara isi utama yang ana dapat daripada tazkirah tersebut adalah..
Maksud TAQWA. Taqwa ni ada banyak maksud.
Tapi, bagi Dr. Danial, beliau telah mengambil maksud taqwa daripada Abdullah bin Mas'ud.
Katanya, Taqwa bermaksud :

1. Jauh daripada maksiat.
    yakni, walaupun kita berada di mana sekalipun ataupun berada jauh daripada pandangan ibu bapa atau        
    guru, kita tetap punyai rasa amanah untuk tidak melakukan maksiat. kerana kita tahu bahawa Allah sedang  
     melihat  perilaku kita.

2. Tidak melupakan Allah.
    ingatlah ayat Allah yang berbunyi, " Fadzkuruunii adzkurkum" yang bermaksud, "Ingatlah kepada-Ku
    (Allah), nescaya Aku akan mengingatimu".

3. Syukur kepada nikmat Allah, jangan kufur!


Dan Allah juga telah berfirman dalam Al-Quran, surah al-Hujurat, ayat 13, yang bermaksud,  "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu".


Wallahu'alam.

1 comment:

Hadi said...

Barakallah Hu Fih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...