16 December 2009

kata-kata~



"Perancangan yang tidak ditulis adalah perancangan yang akan dilupakan. Ingatlah, mereka yang GAGAL merancang, merancang untuk GAGAL!
Selepas merancang, susulilah ia dengan usaha yang gigih."

[al-quran]



Bismillahirrahmanirrahim.
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat".
[surah al-ankabut, ayat 45].

Imam Ghazali mengatakan dalam kitab Ihya' Ulumuddin~

Sebab-sebab yang menutup atau menghijabkan hati individu dari memahami al-Quran ialah :
1.Terlebih tumpuan pada huruf, makhraj dan sebutan.
2. Fanatik terhadap satu pegangan dan pendapat yang pernah didengarnya sehingga tertutup hatinya untuk                 faham dengan lebih mendalam tentang al-Quran.
3. Kekal dalam dosa, sehingga hatinya menjadi karat dan gelap.

>> jadikanlah al-Quran sebagai landasan kecemerlangan.Untuk itu, maka bawalah Quran dan terjemahannya bersama-sama kita dan bacalah setiap hari dengan tajwid yang betul.

Mulakan dengan membaca 10 ayat. Kemudian, telitilah maksud-maksudnya sebelum kita menambah 10 ayat lagi.

>>Kepada sahabat-sahabat ana di SMAH, tahun depan kan kena hafaz surah sajdah dan yaasin?
jadi, lebih afdhal kalau kita hafal dan tahu maksud-maksud ayat yang kita hafal tu supaya kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dan dapat memperingatkan diri kita dan orang lain, inshaAllah.

Telah berkata Imam Sufyan at-Thauri :
"Apabila seseorang membaca Quran, para malaikat akan mencium antara kedua-dua belah matanya".

Ucapkanlah alhamdulillah dan membaca, "rabbi zidni 'ilman  naafi'a" setelah memperolehi ilmu yang baharu, inshaAllah.

Rujukan : buku tip2 cemerlang drpd Quran, Dr. Danial.

04 December 2009

Laa Tahzan!



Bismillahirrohmanirrohim~


Jangan bersedih!
 Sekiranya anda hidup miskin, betapapun masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang
Jangan bersedih kerana tidak mempunyai kenderaan, sebab masih ramai orang di sekeliling anda yang kakinya kudung.
Jangan bersedih kerana suatu penyakit, betapapun masih ramai orang di sekeliling anda yang mungkin telah bertahun-tahun terbaring di atas katil.
Jangan bersedih kerana anda kehilangan seorang anak, sebab masih ada orang lain yang telah kehilangan beberapa orang anaknya dalam suatu kecelakaan sekaligus.

Jangan bersedih!
 Kerana anda seorang muslim yang beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya,   hari qiamat dan qadha' serta qadar yang baik dan yang buruk!
Kerana, masih ramai orang kafir yang mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari qiamat, serta tidak mempercayai qadha' dan qadar.

Jangan bersedih!
Sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat ; sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan itu.
Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu teramat luasnya, pintu rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah ruah dan taubat yang anda lakukan pasti diterima.

Jangan bersedih!
Kerana anda sendirilah yang menggerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda,
meletihkan hati anda, mengganggu tidur anda dan membangunkan malam-malam anda.

Jadi, janganlah bersedih! Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan hambaNya yang beriman. Dan bersyukurlah sentiasa terhadap apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita semua!

~Ku cedok kata2 yang indah ini daripada buku La Tahzan!

cornflakes+milk+honey+raisin=yummy!





Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum w.b.t
Mungkin ramai yg pernah makan cornflakes+milk+honey+madu, kan?
Hmm, memang sedap!
Antum tak payah beli kat kedai yg memang dah mix dengan madu tu..ataupun cereal untuk diet tu..
Antum beli je madu, raisin, cornflakes, susu..
Pastu campurkan je..jimat duit sikit ( hmm, yeke?)






Madu ni ada banyak kelebihan dan khasiatnya..Dalam Quran pun Allah dah sebutkan khasiat madu nih..Buktinya? Hmm, ada dalam surah an-Nahl ayat 69, "Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia."

Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah berkata, "Sesiapa yg minum madu lebah pada waktu pagi, tiga kali setiap bulan, dia tidak akan menghidapi penyakit berbahaya."

Madu lebah ni mengandungi gula asli frukosa & frukosa yang mudah dihadam. Kalau dicampur dgn sedikit air, ia mampu menyerap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit! dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak! Madu lebah ni jugak mengandungi pelbagai jenis vitamin (B1,B2,B3,B5,B6,C) di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, calcium, potassium, sodium, chlorine, iron.

Antara khasiat madu ialah..
kalau bagi ibu hamil, membantu menjaga stamina dan kesihatan.
kalau bagi kanak2, membantu agar nafsu makan meningkat serta tahan daripada penyakit.
Merujuk kepada salah satu daripada buku Dr. Danial (Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden), madu lebah juga dapat mencegah proses basi dan pengeluaran bau busuk makanan. Selain itu, apabila madu lebah dimasak, ia mengeluarkan antioxidant tambahan yang memantapkan lagi sistem pertahanan badan.
Kalau nak tau lebih lagi tentang madu lebah ni, antum boleh rujuk di sini!
Wallahu'alam.


Sumber rujukan: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Dr Danial Zainal Abidin
                      : http://www.intro2u.net/new/2009/06/khasiat-madu-lebah/
                      : http://lenterahati.web.id/khasiat-madu.html

03 December 2009

Sifat Yang Perlu Ada Dalam Setiap DA'IE



Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.
2. Beramal dengan ilmunya.
3. Tahan marah (berlapang dada)
4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.
5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.
6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.
7. Kuat, sihat dan fasih lidah.
8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :
(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.
(b) ilmu sejarah umum.
(C) Ilmu Psikologi.
(d) Ilmu Geografi.
(e) Ilmu Akhlak
(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.
(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.
(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.
9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.
10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.
12. Bersifat wakar dan tenang.
13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.
14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.
15. Bersikap Taqwa dan Amanah.
BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH
Sifat wakar ada pada ;
(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.
(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.
(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.
(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.

Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.
(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.
(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.
(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.


" Kamu adalah umat yg terbaik yg dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. "
(Surah Ali Imran, 110)


Sumber artikel : www.iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...