04 December 2009

Laa Tahzan!



Bismillahirrohmanirrohim~


Jangan bersedih!
 Sekiranya anda hidup miskin, betapapun masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang
Jangan bersedih kerana tidak mempunyai kenderaan, sebab masih ramai orang di sekeliling anda yang kakinya kudung.
Jangan bersedih kerana suatu penyakit, betapapun masih ramai orang di sekeliling anda yang mungkin telah bertahun-tahun terbaring di atas katil.
Jangan bersedih kerana anda kehilangan seorang anak, sebab masih ada orang lain yang telah kehilangan beberapa orang anaknya dalam suatu kecelakaan sekaligus.

Jangan bersedih!
 Kerana anda seorang muslim yang beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya,   hari qiamat dan qadha' serta qadar yang baik dan yang buruk!
Kerana, masih ramai orang kafir yang mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari qiamat, serta tidak mempercayai qadha' dan qadar.

Jangan bersedih!
Sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat ; sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan itu.
Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu teramat luasnya, pintu rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah ruah dan taubat yang anda lakukan pasti diterima.

Jangan bersedih!
Kerana anda sendirilah yang menggerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda,
meletihkan hati anda, mengganggu tidur anda dan membangunkan malam-malam anda.

Jadi, janganlah bersedih! Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan hambaNya yang beriman. Dan bersyukurlah sentiasa terhadap apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita semua!

~Ku cedok kata2 yang indah ini daripada buku La Tahzan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...