22 January 2010

hayaatii..




Tempuhilah kehidupan di dunia yang berliku-liku ini dengan penuh kesabaran~

Bismillahirrahmanirrahim..

Bertambah sibuk sejak belakangan ini. Mungkin tahun-tahun yang akan datang, akan bertambah sibuklah diri ini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu. Ini baru tahap SPM, belum lagi tahap universiti. Apa yang mampu diucapkan pada diri, hanyalah "Sabar jela..Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Hidup ini mesti diteruskan, tak kira rintangan, cabaran, godaan yang bakal melanda dalam diri kita. Konflik dalaman haruslah diselesaikan dengan segera dan bijak, supaya perkara yang sepatutnya menjadi masalah kecil, tidak perlu dibesar-besarkan.

Mmm, semalam ada latihan merentas desa kali ke-2. Ingat bolehlah lari macam hari rabu lepas, tengok-tengok, tak sampai 10 minit berjalan + berlari, tiba-tiba je mengalami "kesenakan perut". Akhirnya, terpaksalah berhenti kat checkpoint pertama. Kalau tak, tambah sakitlah perut ni. Tengah tunggu Muallim ambil kitaorang (ana, kak pija, kak syakirah, fatihah), tiba2 hujan turun pulak. Alhamdulillah, tak de lebat sangat hujannya. InshaAllah, esok final merentas desa. Nak buat yang terbaik sebab tahun ni mungkin akan jadi tahun terakhir ana masuk pertandingan merentas desa. Jadi, kenalah buat yang terbaik! Emm, niat pun mestilah elok. InshaAllah, kita cuba setkan kat hati kita yang kita masuk pertandingan merentas desa ni bukan kerana hanya nak menang dan dapat hadiah sahaja, tapi tetapkanlah dalam hati kita, yang kita lari hanya untuk mendapat mardhotillah. Selain itu juga, kita nak jadikan diri kita seorang muslim atau muslimah yang sihat tubuh badannya. Kan sihat tubuh badan merupakan salah satu daripada muwassafat tarbiyah seorang muslim!

Alhamdulillah, tahun ni kat sekolah ana makin bertambah aktif. Tahun ni, kalau tak silap ana, merupakan tahun pertama masukkan "subjek" mentoring dalam waktu belajar. Mentoring ni memang bagus! Sebab  mentor-mentor akan beri nasihat kepada pelajar2nya. Emm, lebih kurang macam usrah la juga.

Emm, soalan additional mathematics nampaknya semakin mencabar. Alhamdulillah, setakat ini okay saja. Physics boleh tahan la. Kalaulah kita boleh tahu aplikasi add maths or physics dalam kehidupan harian, kan best!

Akhir kalam, selamat menjalani kehidupan anda dengan penuh ceria dan juga jangan lupa/lalai pada Yang Maha Esa!
Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...