14 March 2010

dia gembira, ana pun gembira

Bismillahirrahmanirrahim.

MashaALLAH, letih betul hari ini. Pukul 12.00 tengah hari tadi bertolak ke Kampung Sungai Siput. Ada kenduri saudara :)
Lepas dah selesai makan dan sembang-sembang dan solat zohor di rumah opah, terus keluar. Mencari "hadiah" yang diinginkan oleh kakak sulung yang comel ini ^^
Cari punya cari, alhamdulillah akhirnya jumpa juga "hadiah"nya di _____.
Bila keluar dari rumah dan kawasan sekolah, barulah ana tahu keadaan sebenar yang sedang berlaku di sekeliling kita. Contohnya, di Jusco. Dalam lautan manusia itu, memang banyak karenah dan style yang boleh dilihat. Kadang-kadang rasa sedih juga.

Apabila lalu depan kedai buku MPH dan Popular, mata terus bersinar-sinar bak bintang yang bergemerlapan ;)
Tapi, apa boleh buat. Hari ini hari untuk Kak Long :D Biarlah dia rasa seronok sikit hari ni. Kalau dia seronok, ana pun lagilah seronok ;-D
   
Kejayaan Kak Long telah menginspirasikan ana untuk berusaha dengan lebih lagi, inshaAllah.
TAHNIAH LONG. (^_^)


2 comments:

Cekgu Akmar said...

hehe. shahamin nak ape. wow menarik nih.heheh. selamat utk ummi jugak ;)

mumtahanah said...

hehe.
biarlah rahsia :D
terima kasih muallimah ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...