07 April 2010

jualan pengawas 2010


Bismillahirrahminarrahim.
Semoga rahmat dan kesejahteraan sentiasa mengelilingi diri kita semua, inshaAllah.

Alhamdulillah, petang tadi akhirnya terlaksana juga jualan pengawas untuk pertama kalinya. Walaupun aktiviti pengawas tahun ini mungkin dilaksanakan lambat sikit, tapi tak pe. Asalkan ia dah terlaksana! >_<
Syukran jazilan kepada pengawas-pengawas yang turut serta dalam menjalankan jualan ini. [isna, hanim, amalina, ifa, syahirah, raihan, TASNIM, husna dan lain-lain ;)]

selingan~

Jualan ini dibuat untuk tampung kos kem pengawas nanti, inshaAllah yang bakal dilaksanakan pada 23-26 April 2010 dan dikendalikan oleh pengawas tingkatan 5. (doakan semoga semuanya berjalan lancar ya!)

Pengalaman pun satu ilmu juga ^_^
Rasanya pertama kali dalam hidup ana pergi "menjaja" dekat pelajar-pelajar SRAH dan guru-guru SRAH >_<
Memang satu pengalaman yang amat menarik sebenarnya, huuhu. Thanks to Isna sebab cadangkan idea ni, huhu. Alhamdulillah, memang laku dan cepat habis!

Thanks sangat-sangat untuk kedua-kedua Tasnim, :D
Tasnim f4- thanks a lot for helping us! May Allah bless you!
Tasnim f5- thanks for lending us "dapur gas" ^^. jzzk!

Melalui jualan ini, alhamdulillah ada kerjasama antara para pengawas. Semoga ukhuwwah antara para pengawas dan juga pelajar-pelajar lain serta murabbi kompleks Al-Hidayah akan lebih mantap lagi!
InshaAllah!


Kepada pelajar SMAH, jumaat ni bolehlah ziarah "gerai" kami ya! >_<
inshaAllah start jualan waktu petang ^^
Kepada para pengawas, jom kita kerahkan tenaga kita untuk jualan yang bakal "menjelma" ^_^
Semoga Allah meredhai usaha kita bersama!


Akhir kalam, jazakillah khairan kathir untuk semua pihak yang telah mengerahkan tenaga dan menyumbangkan idea walaupun sedikit pun :))
Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua!
Syukran jazilan!


p/s: doakan semoga jualan pengawas untuk jumaat ni dan masa akan datang akan berjalan dengan lancar dan diredhai Allah senantiasa, inshaAllah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...