16 June 2010

Umar Abdul Aziz [post 2]

KISAH 1

Pernah suatu hari ketika Kha. Umar masih kecil, sedang dia bersendirian, tiba-tiba dia menangis.
Lantas ibunya bertanya kepadanya.

"Mengapa kamu menangis?."

-Semalam mereka telah menziarahi seorang jiran yang meninggal dunia-

"Saya masih kecil dan takut mati."

KISAH 2

Lokasi: Dapur rumah

Umar sedang melihat ibunya sedang memasak. Tiba-tiba dia menangis.
Mengapa?

"Saya teringat cerita ibu mengenai neraka. Saya lihat ibu membakar ranting2 kayu yang kecil sebagai umpan api. Di akhirat kelak tentu kanak2 kecil seperti saya dahulu yang dimasukkan ke dalam neraka sebagai umpan apinya."

KISAH 3

Sebelum Umar memangku jawatan khalifah, kehidupannya serba mewah.
Namun, selepas dia menjadi khalifah dia hanya duduk di sebuah pondok buruk yang hampir runtuh yang di dalamnya tidak ada perabot mewah melainkan sehelai tikar sahaja! [MashaAllah]

Pernah dia diberikan gaji pendahuluan sebanyak 40 000 dinar sebagai khalifah untuk tahun pertama dia menjadi khalifah, namun dia cuma mengambil 200 dinar sahaja! Yang selebihnya Umar bagi pada perbendaharaan negara. [Baiknya ^_^]

InshaAllah, akan disambung lagi. Cuma waktunya tak tahu lagi :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...