16 June 2010

Umar Abdul Aziz

Bismillah.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dapat juga peluang untuk post entry yang terbaru.

Hari ini, mahu cerita sedikit tentang KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ.
Melalui buku "Umar Abdul Aziz" hasil karya Abdul Latip Talib, terungkai sedikit sebanyak tentang peribadi Umar. Saya suka Umar Abdul Aziz! Dari segi perwatakannya, sikap tangungjawabnya dan banyak lagi.

Tentang Kha. Umar Abdul Aziz:
Nama: Abu Jaafar Umar b. Abdul Aziz b. Marwan b. Hakam
Nama Ibu: Laila Ummu Ashim bt. Ashim b. UMAR AL-KHATTAB
Keturunan: Bangsawan Bani Umaiyah
Lahir: Pada 61 Hijrah = 683 Masihi di Halwan
Hafaz Al-Quran sejak 15 tahun

Mmm, kalau nak cerita dari awal sampai akhir kisah khalifah Umar, rasanya berpuluh-puluh post kut. :D
Kat sini, inshaAllah saya akan kongsi beberapa kisah atau perwatakan khalifah Umar.
Antaranya:

Kha. Umar memang seorang yang amat behati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat.
Pernah semasa beliau memangku jawatan khalifah, Kha. Umar beli 2 pelita. Sebabnya? Sebab, apabila Kha. Umar nak buat kerja yang berkait dengan negara, Kha. Umar akan guna pelita yang khas untuk kerjanya. Pelita yang lagi satu pula untuk kegunaan peribadinya, contoh bila Kha. Umar nak membaca dan menulis

[Pada suatu malam, seorang jiran Kha. Umar datang bertandang. Tiba2 Kha. Umar padam pelita yang menyala lalu menyalakan sebuah pelita. Antara dialognya dengan jirannya.

"Mengapa tuan padamkan pelita tadi dan menyalakan pelita yang lain?."
"Pelita tadi kepunyaan kerajaan dan saya hanya gunakan apabila menjalankan urusan rasmi. Pelita yang baru dipasang ini kepunyaan peribadi dan keluargaku. Saya tidak boleh gunakan pelita kerajaan bagi urusan peribadi."
"Tuan seorang yang memegang amanah. Bagaimana tuan dapat menjaga amanah itu?."
" Tuhan melihat apa yang saya lakukan. Malaikat sentiasa mencatat semua amalan saya. Takutkan neraka jahanam itu membuat saya sangat takut hendak melakukan penyelewengan."


Betapa amanahnya Kha. Umar! Kita pula macam mana? Tepuk dada, tanya iman.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...