07 September 2010

10 Wasiat Hassan al-Banna

  1. Segeralah tunaikan solat apabila saudara mendengar azan, tidak kira saudara berada dalam keadaan apa pun.
  2. Bacalah al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak berfaedah.
  3. Berusahalah bercapai dalam bahasa Arab fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.
  4. Janganlah saudara perbanyakkan perdebatan dalam semua urusan tidak kira apa keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius.
  6. Saudara jangan bergurau; kerana umat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.
  7. Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari apa yang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.
  8. Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan.
  9. Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara, sekalipun saudara tidak diminta berbuat demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.
  10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatlah masa penunaiannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...