03 October 2010

How I want to be a good person?

Bismillah.

Macam mana nak jadi baik?
Saya jawab soalan ini mengikut apa yang telah saya baca daripada buku Ustaz Pahrol, Nota Hati Seorang Lelaki. Jazakallah to him.

Kadang-kadang, tertanya juga. Macam mana nak jadi baik ye? Bukan mudah menjadi baik, tapi andai kita berusaha bersungguh-sungguh inshaAllah Allah akan permudahkan jalan bagi kita.

Mmm, jawapannya kalau nak jadi baik kita perlu solat!

Sebelum meneruskan penerangan, ada satu kisah yang dikongsi oleh Ustaz Pahrol dalam buku tersebut.
Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang seseorang yang mengerjakan solat tapi mencuri. Abu Hurairah bertanya, bagaimana keadaan orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan solat orang itu  lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.

Daripada kisah di atas, dapat disimpulkan bahawa andai kita memperbaiki mutu solat kita, inshaAllah kita akan jadi orang yang lebih baik.

Macam mana pula nak perbaiki solat kita?
Caranya adalah dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat.

Pertamanya, kita haruslah menjaga rukun fikli atau perbuatan fizikal ketika solat, misalnya rukuk, sujud dan sebagainya.
Keduanya, rukun qauli, yakni pada makna bacaan di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati.

Sebaik-baiknya dan seboleh-bolehnya, carilah makna surah alfatihah dan juga carilah tafsiran tentangnya agar ia melekat di hati kita dan dapat menjiwainya ketika solat
Apabila solat, kita kena hayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalam sujud kita... itu yang lebih penting. Kerana ia dapat membentuk khusyuk dalam solat kita :)

Diselitkan juga di dalam buku tersebut, amaran daripada Imam Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada rasa apa-apa, keaadannya sama seperti menyembahkan bangkai yang tidak bernyawa.

Jadi, selamat berjaya kepada diri saya dan juga anda dalam menjadi seorang yang lebih baik, inshaAllah :D
Semoga sentiasa istiqamah di jalan-Nya.

"Nak jadi baik memang lambat. Membina mengambil masa. Meruntuh sekelip mata".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...