21 July 2010

ilmu

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
Hampir 3 minggu ana tak post apa-apa entri.(rasa pelik pula ;p)
Alhamdulillah, malam ini ada idea dan masa oleh Allah untuk berkongsi sedikit dengan kalian semua, iA.

InshaAllah, 18 Ogos 2010 [birthday atifah ;)] kami akan menduduki peperiksaan percubaan SPM. Yup, lagi beberapa hari sahaja!
Banyak lagi silibus yang belum habis, tapi inshaAllah para muallimeen wa muallimat sedang berusaha menghabiskannya.
Add Maths lagi 4 tajuk (*.*), biology lagi 2 tajuk, inheritance and variation, and so on :)

Pening juga bila fikir trial nak dekat. memang kena usaha lebih. Paling penting, mesti istiqamah dan mujahadah dalam segala benda. Hmm, susah juga nak ubah diri ini. Tapi, sampai bila nak tunggu untuk berubah? Sekarang-la kita kena ubah diri sendiri. Daripada malas jadi rajin, daripada banyak tidur kepada kurangkan tidur, daripada banyak bersembang tentang benda2 yang tidak berfaedah kepada bersembang tentang subjek2 yang dah belajar. Fight-o! shuhh-shuhh-lah kamu syaitan dari diri kami. [a'uzubillah-i mena-ssyaitan-nirrajim].

Teringat saya pada formula yang dinukilkan oleh sahabat baik saya, Athirah bt Jinal tentang resipi untuk sukses. Mudah sahaja!

D : DOA
U : USAHA
I  : IKHTIAR
T : TAWAKKAL

Bila semua benda ni bergabung, inshaAllah kita akan sukses!

Teringat juga saya pada kata-kata Muallim Razmi, "kalau awak pergi mana-mana pun, tapi takde ilmu/pendidikan, takde gunanya. Sekarang semuanya memerlukan ilmu. Barulah orang akan pandang kita". "Dan yang paling penting, adalah birrul walidain : berbuat baik pada ibu bapa sebabnya redhaLlah fii redha al-walidaian : keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu-bapa".
InshaAllah akan kami amalkan segala nasihat Muallim Razmi dan juga guru-guru yang sentiasa mendidik kami :)

Akhiraan, semoga segala perkara yang kita lakukan haruslah diniatkan kerana Allah Taala :)
Bittaufiq wannajah untuk semua!
Wassalam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...