26 August 2010

Ramadan

[ Bismillah ]

Ish, kenapa rasa malas nih?
Ahh, shuh shuh kamu perasaan malas!

Heyy, anda! Kenapa tiba-tiba malas ini?
Letih ya? Letih selepas sehari suntuk exam?
Anda, jangan beri alasan sebegitu.
Cabaran yang anda hadapi hanya kecil sahaja
berbanding dengan apa yang kekasih kita, Rasulullah s.a.w. hadapi.

Masih ingat tidak pada perang badar?
Ya, perang badar. Perang pertama dalam Islam dan berlaku dalam bulan Ramadan.
Anda tahu bila tarikh terjadinya perang badar?
Ya, pada 17 Ramadhan 2H!
Masa tu tentera Islam hanyalah seramai 313 orang dan puak quraisy pula seramai 1000 orang.
Namun atas keazaman mereka dan kekuatan rohani yang ada, akhirnya mereka, tentera Islam telah berjaya mengalahkan pihak musuh dengan bantuan Allah.

Kalau mereka boleh berperang pada bulan Ramadan, kita pula macam mana?
Kita hanya berperang menggunakan pen dan akal sahaja! Ya, melalui peperiksaan sahaja.
Tapi, bayangkan bagaimana umat Islam dahulu yang berperang menggunakan pedang. PEDANG dan bukannya pistol atau senapang. 
ONE BY ONE pula tu.
Kita? Dengan kertas dan beberapa soalan sahaja.
 Baru sedikit sahaja cabaran yang datang, takkan sudah mahu mengeluh?
Bayangkanlah betapa sayang dan cintanya umat Islam dahulu kepada Islam sehingga sanggup mengorbankan diri semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah Ta'ala.
Anda pula macam mana?

Masih rasa malas lagi?
Jom baca lagi.
Bagaimana dengan pengorbanan Rasulullah s.a.w. untuk umatnya, iaitu KITA?
Baginda s.a.w. yang pernah dilontar dengan batu ketika ingin menyebarkan dakwah Islam di Taif, dicaci dan dimaki oleh orang quraisy, dan banyak lagi cabaran baginda yang mungkin lebih hebat cabarannya daripada kita masih bisa utuh dan kuat lagi untuk menghadapinya.
Tidak pedulikah anda, tidak terkesankah di hati anda apabila mendengar kisah yang sering diceritakan ini, iaitu :
Sebelum Rasullah s.a.w. menghembuskan nafas terakhir baginda, baginda masih lagi menyebut "ummati..ummati..ummati".
Betapa peduli, betapa kasih, betapa cintanya Rasulullah s.a.w terhadap umatnya, iaitu KITA sehingga saat hembusan nafas terakhir baginda, baginda masih lagi bisa menyebut "ummatku".
Allahumma sholli 'ala saiyidina Muhammad.
Anda pasti tahu bahawa Raulullah s.a.w. ingin sekali bertemu dengan kita. Adakah kita ingin bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dengan keadaan kita yang sekarang ini?
Adakah anda ingin Rasulullah s.a.w melihat anda dalam keadaan yang lemah, leka dan alpa dengan tanggungjawab anda sebagai umatnya, sebagai 'abid Allah?
Anda pasti bisa menjawabnya sendiri.
Tepuk dada, tanya iman.

Intihanya, ayuhlah kita buang sikap malas kita tu jauh-jauh dan kita tanam sifat-sifat yang ada dalam diri seorang pejuang Islam, 'abid Allah yang soleh, insyaAllah.

Segala yang baik itu datang daripada Allah dan segala yang buruk itu datang diri ana sendiri.
Asif andai ada yang terasa.
Ana hanya kongsikan apa yang ana hadapi dan rasai sekarang ini.
May Allah bless us always.
Wallahu'alam.

p/s: Alhamdulillah, ter-update sudah blog ini.


.Istiqamah dalam Mujahadah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...