20 September 2010

after every rainfall must come a rainbow

salam. suka sangat pada lagu di bawah. jom dengar dan hayati betul2 lirik dia. bersyukurlah pada segala benda yang telah Allah kurniakan pada kita. Kat luar sana, masih ada ramai lagi yang tak punyai apa-apa yang mereka perlukan dan inginkan. bersyukurlah :)
Mungkin ujian yang kita hadapi adalah kecil sahaja berbanding saudara-saudara kita yang berada di pakistan, palestin dan banyak lagi.


07 September 2010

10 Wasiat Hassan al-Banna

  1. Segeralah tunaikan solat apabila saudara mendengar azan, tidak kira saudara berada dalam keadaan apa pun.
  2. Bacalah al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak berfaedah.
  3. Berusahalah bercapai dalam bahasa Arab fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.
  4. Janganlah saudara perbanyakkan perdebatan dalam semua urusan tidak kira apa keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius.
  6. Saudara jangan bergurau; kerana umat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.
  7. Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari apa yang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.
  8. Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan.
  9. Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara, sekalipun saudara tidak diminta berbuat demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.
  10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatlah masa penunaiannya.

04 September 2010

nasihat para murabbi

Bismillahirrahmanirrahim.
InshaAllah hari ini ana akan kongsi segala pesanan dan nasihat para muallimat kepada banat 5 Mumtaz dan juga kepada semua warga Sekolah Menengah Al-Hidayah umumnya.
Sebelum tu, ana minta maaf sebab tak dapat nak tulis segala pesanan muallimat secara lengkap sebab masa tu tak bawa pen dan kertas, huhu. Semoga apa yang ana dan kawan2 ana yang dengar apa yang muallimat cakap tu dapat dijadikan peringatan dan kunci untuk kita berjaya di dunia mahupun di akhirat.


[1] Mh. Zaiton : muallimah sayang antum semua dan muallimah akan doakan untuk antum semua. Kalau ada apa-apa, contact2la muallimah.

[2] Mh. Nurhayati Sulaiman : Jangan sedih-sedih. Kita kena kuat baru  boleh berjaya. Bila nak dekat exam nanti, jangan stress2. Banyakkan baca al-quran.

[3] Mh. Akmar : Allah takkan kabulkan doa kita bila kita doa je, tapi bila kita usaha.

[4] Mh. Roziana : Jadikan result trial spm sebagai kayu ukur kamu. Jangan rasa cukup dengan apa yang kamu dah dapat.

[5] Mh. Suriati (kembar Mh. Shahlawati :) : Jaga kesihatan. Buat elok2.

[6] Mh. Nurhayati Abdul Rahman (pesanan Muallimah yang paling melekat kat otak saya :) : Point pertama- Jangan ulangi kesilapan kamu. Kalau kamu dah tahu kesalahan kamu, jangan ulang lagi!
Point kedua- Taat kepada kedua ibu bapa kamu. Sebab redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kamu.

[6] Muallimah Norbaya : Carilah redha Allah. Jangan cari kawan, tapi carilah sahabat yang mencari redha Allah.

[7] Muallimah Shamsiah : Walaupun Muallimah tak ajar awak tahun ni, tapi Muallimah dah kenal awak sejak form 1 lagi. Bagi yang ambil subjek ekonomi, buat elok2. Buat yang terbaik!

[8] Mh. Suriati Ghazali, Mh. Liana, Mh. Intan, Mh.Nurin : Semoga berjaya. Buat yang terbaik. Banyakkan berdoa. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. :)

[9] Mh. Paridah : Kalau orang minta Mh berucap, Mh susah sikit na cakap :) Minta maaf. Baguslah kamu semua sebab kamu yang minta nasihat daripada kami, bukan kami yang perlu pergi kat kamu dan beri nasihat  kepada kamu :)

[10] Mh. Khairiah : Ramadan ada beberapa hari je lagi. Banyak2kan beribadat pada-Nya, ye :)

Mh yang tak da masa tu, Mh. Norizan, Mh. Misleha, Mh. Haida dan Mh. Khairunnisa' :-( sebab ada hal yang perlu diuruskan.

Untuk para muallimeen Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh, sesungguhnya kami amat MENYAYANGI dan MENGHORMATI KALIAN SEMUA SEPERTI IBU BAPA KAMI SENDIRI. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala kebaikan yang telah kalian curahkan kepada kami, InshaAllah. Sekali lagi, kami ingin memohon maaf dari hati kami andai pernah menyakitkan hati kalian semua. Jazakamullahu khairan kathira'!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...