17 February 2011

Ada Apa Dengan Pokok Kelapa?

google-ing


AIR KELAPA boleh menghilangkan dahaga.
ISI KELAPA MUDA boleh dimakan bersama airnya.
ISI KELAPA TUA sesuai dijadikan minyak kelapa.
MINYAK daripada ISI KELAPA pula boleh dijadikan minyak rambut, minyak masak dan minyak urut.
DAUN KELAPA yang MUDA boleh dianyam menjadi ketupat.
LIDI KELAPA boleh dijadikan penyapu. Kadang-kadang boleh juga digunakan sebagai penyucuk buah.
SABUT KELAPA pula boleh dijadikan tali atau guni.
TEMPURUNGNYA boleh dijadikan hasil kraf tangan yang asli dan menarik.
Dan tidak dilupakan, BATANG POKOK KELAPA boleh dijadikan titian.

SUBHANALLAH . SUBHANALLAH. SUBHANALLAH.

Demikianlah, terlalu banyak yang dapat dimanfaatkan daripada pokok kelapa yakni dari sekecil-kecil bahagian sehinggalah sebesar-besar bahagiannya. Dan mungkin masih ada lagi keistimewaan yang lain yang masih belum ditemui dan dikaji. Dan juga Allah SWT menciptakan pokok kelapa ini adalah untuk kegunaan manusia. Di sebalik semua ini, seharusnya kita bertanya pada diri kita . . . jika pokok kelapa (dan juga pokok-pokok lain) diciptakan untuk manusia, KITA INI SEBAGAI MANUSIA DICIPTAKAN UNTUK APA ?

TUGAS BESAR MANUSIA

Segala isi alam sebenarnya dipermudahkan untuk "dikuasai" dan digunakan oleh manusia kerana manusia ada tugas yang  besar. Tugas itu adalah menjadi 'ABID ALLAH (Hamba Allah) dan KHALIFAH di muka bumi  ini. Sebagai 'abid Allah, kita wajib patuh kepada seluruh perintah Allah SWT, tidak kira di mana sekalipun kita berada, pada setiap saat dan ketika.

Sebagai KHALIFAH pula, kita hendaklah memberi manfaat kepada diri sendiri, orang di sekeliling kita dan persekitaran. Memberi manfaat, maksudnya? Maksudnya dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah, meninggalkan apa-apa sahaja yang lagha atau sia-sia dan merugikan, terutamanya yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah.

Pokok kelapa telah menjalankan peranannya untuk kita. KITA PULA BAGAIMANA?

Isi, buah, air, lidi, batang dan lain-lain sudah dikorbankan untuk kita. BAGAIMANA pula PENGORBANAN KITA BAGI MENJADI HAMBA ALLAH DAN KHALIFAH DI MUKA BUMI INI?

Tepuk dada, tanya iman :)

Wallahu'alam.

~ nota hati : nota fikir untuk zikir (ustaz pahrol) ~

3 comments:

hana uwais said...

liike it :)

Zaza said...

baby i like it! best la artikle nih. zatul suke sgt air kelape. klu ummi nk tau, zatul ni hantu air kelape tau. dah 3thn+ x minum air kelape FRESH! :'(

- comment la kat blog zatul jgk!


zaza

UK said...

hana uwais : :)

zaza : ohh yeke? haa, klu nak minum air kelapa fresh lagi, kenalah balik malaysia. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...