08 November 2011

Melontar

Salam Baitullah 2011. Sebuah program menarik yang dipertontonkan di TV 1 sepanjang musim haji tahun ini. Dipengerusikan oleh Prof Dr. Ridhuan Tee yang tidak pernah kering daripada senyuman manisnya. Huhu.
Hari ini topiknya membicarakan tajuk "Matikah syaitan?"
Ia berkaitan dengan perbuatan melontar dan sekitarnya.
Menarik. 
Melontar itu boleh dilihat dari segi sejarah dan sunnah.

Kalau ikutkan sejarah, sewaktu zaman Nabi Ibrahim 'alaihissalam, semasa nabi Ibrahim sedang beribadah kepada Allah Ta'ala, syaitan telah mengganggunya, maka nabi Ibrahim telah merejam syaitan itu.

Kalau sunnah pula, berdasarkan hadis Nabi sallahu 'alaihi wasallam :
"Khudzu 'anni manaasikakum".
yang membawa maksud :
"Ikutilah aku ketika kamu menasik/haji".

Melontar juga dapatkan disinonimkan dengan mendekatkan diri kepada Allah , yakni tatkala kita melontar, kita menyebut, 
"Bismillahi Allahu Akbar".
Dan juga dapat diumpamakan seperti kita telah melakukan satu perjanjian dengan Allah untuk tidak mengikuti jalan syaitan.

Umph, dan ada satu soalan, ditanya oleh seorang penonton secara live, dia tanya, syaitan kan dibuat daripada api, jadi adakah dia akan mati dan berasa sakit bila dia dicampakkan ke neraka? Huhu. Saya suka soalan ini.
Ustaz Zulkifli Mohamad pun menjawab dengan penuh hemah dan tawadhu'-saya-suka-sangat,
"Kalau manusia itu dibaling dengan tanah, mesti rasa sakit kan? Dan begitu juga syaitan. Syaitan itu dibuat daripada jenis apa yang berlainan daripada api neraka. Api neraka itu telah dibakar selama 3000 tahun. 1000 tahun yang pertama berwarna merah, seribu tahun yang kedua berwarna putih dan seribu tahun yang ketiga berwarna hitam".
Ya Allah, terkedu dan terzassss bila dengar pasal api neraka itu. Kalau terkena api batang mancis pun dah terjerit sakit-sakit, apatah lagi api neraka Allah yang lebih panas dan terlampau lampau advance dahsyatnya berbanding dengan api batang mancis itu. MasyaAllah. Astaghfirullah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...