11 November 2011

Selamat Tinggal Kekasihku

Selamat Tinggal Kekasihku merupakan tajuk untuk program Salam Baitullah 2011 pada malam ini.
Masih lagi bertetamukan Ustaz Zulkifli Mohammad seperti tempoh hari.
Saya suka Ustaz Zulkifli sebab bila persoalan ditanya, tenang sahaja riak wajahnya dan lancar sahaja apabila menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan.

Sedikit poin yang dapat saya kutip adalah tentang tawaf wada'. Pernah satu ketika, seorang sahabat Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam ingin sungguh-sungguh melihat ka'abah. Apabila dilihatnya oleh beliau, beliau terus meninggal. Ustaz Zulkifli menceritakan kisah ini setelah seorang pemanggil mengatakan bahawa dia berasa amat sayu dan air mata menitis-nitis apabila melihat Ka'abah di hadapan matanya.

Yang boleh ana simpulkan bila tengok SB ni, ramai jemaah haji yang mengatakan mereka terharu, bersyukur, dan berharap sangat pada Allah Ta'ala agar mereka mendapat haji yang mabrur :')
Mereka yang pergi menjalankan ibadah haji ini bukan tetamu biasa-biasa, tetapi Dhuyuf ar-Rahman, tetamu Allah yang Maha Pemurah. MasyaAllah. Apabila mereka pergi melakukan ibadah haji, mereka umpamanya sedang berinteraksi dan bermu'amalah dengan Allah Ta'ala dan ia merupakan satu terjemahan cinta mereka kepada Allah Ta'ala. Allahu Akbar.

Bila tengok jemaah haji sedang berdoa kepada Allah di 'Arafah, rasa sebak di dada, nak menangis sekali pun ada apabila melihat jemaah haji berdoa dengan penuh pengharapan sambil menitiskan air mata :'(
Sempat melihat emak mengesat matanya selepas bingkisan itu habis.

Em, teringat pula kata Ustaz Harussani Zakaria dalam program Tanyalah Ustaz di TV 9. :D
Sepertimana yang kita tahu, Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud :
“Tempat antara mimbarku dan rumahku adalah satu taman dari taman-taman syurga. Dan mimbarku berada di atas telagaku.” (HR. Al-Bukhari no. 1888 dan Muslim no. 1391)


Hm, kalau dilihat di sana(Masjid Nabawi), pasti ramai yang berpusu-pusu untuk memasuki kawasan yang dikatakan oleh Baginda SAW, sampai adegan tolak-menolak boleh terjadi, tapi apabila di Malaysia, tidak ramai yang kelihatan di raudhah. Sebenarnya ada raudhah = taman syurga lain selain daripada sabda Rasulullah SAW itu, iaitu Majlis-majlis ilmu. :)
Kalaulah kita dapat melihat taman-taman syurga di sekeliling kita semasa sedang menghadiri majlis ilmu, pasti takkan sempat terhabisnya satu-satu penyampaian kerana betapa asyiknya kita melihat keindahan raudhah itu! MasyaAllah. Tetapi, Allah telah hijabkan pandangan kita. :) Supaya kita berlomba-lomba untuk mengejar keredhaan-Nya.
Ya, mungkin ada kelebihan yang lebih power pada raudhah yang disabdakan nabi SAW itu berbanding dengan raudhah di majlis-majlis ilmu. Apa salahnya kita sama-sama berpusu-pusu ke majlis ilmu. Tak dapat ziarah ke raudhah Nabi SAW, boleh lah juga kita ziarah ke raudhah yang dekat dengan kita. :)
Masjid, surau, dan lain-lain.


Hm, 'ala kulli hal,
Selamat bermajlis ilmu, selamat menuntut ilmu, selamat beramal.
Moga kita terus melaju dalam jalan kebenaran, insyaAllah.
Assalamu'alaikum.


#jommulamenabunguntukpergihaji!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...