04 March 2011

usrah maya

tajuk : mukminah profesional (berdasarkan buku mukmin profesional oleh ustaz pahrol)

pekerjaan itu satu ibadah kepada Allah.

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, Tidur krn penat bekerja utk cari rezeki halal, insyaAllah akan diampunkan dosa.

pastikan pekerjaan kita ni bagi manfaat kat org lain.

kena pandai jaga hati manusia. jangan pandang buruk kat orang. jangan cakap, " aku jela yang baik, aku jela yang cantik, dia tu apaaa-lah sangat, etc."

tutup aib sendiri dan orang lain. point utama, jaga hati kita.

kita sayang orang, orang sayang kita. kita respect orang lain, orang lain akan respect kita.

ayat 75, surah al-Nisa'. > doa untuk selamat daripada orang zalim dan orang yang dengki pada kita.

bila kamu sedang bekerja , jaga kelakuan, jaga pergaulan, jangan tepuk tampar dengan non-muhrim.

paling utama, pekerjaan yang kita lakukan adalah untuk cari redha Allah.

kalau ada perjumpaan, jangan berdua-dua aja (untuk laki perempuan la ye), carilah teman.

niat kita kena betul (boleh rujuk hadis pertama dari hadis 40)

usrah terapi jiwa muslim~ aiwah! looikee!

sebenarnya hari ini tak dapat ikut usrah di sekolah, tapi alhamdulillah dapat ikut usrah melaui TV :D dengan seorang ustazah ni, tapi tak ingat la namanya, asiif. yang mantapnya, usrah tu buat dalam train KTM untuk kawasan "ladies only" . mantap2.

emm, sape2 yang tak dapat ikut usrah secara live, bolehlah ikut usrah maya kat tv9 , hari jumaat, pukul 1.00 tengahari. ataupun search je kat internet :D  hati kita ni perlukan makanan. yup, makanan rohani, jadi melalui usrah (salah satu makanan rohani) kita akan jadi "tough" la sikit kan? hehe.
asiif again sebab ana tulis dalam bentuk poin sahaja.

May Allah bless us~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...