20 August 2011

Tetamu Istimewa





Bismillah. Lama sungguh rasanya tak berblog di sini (last published on May 18 2011) 
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh Allah untuk masih hidup dalam bulan Ramadhan kali ini. Sekarang kita sedang menanti-nanti kedatangan tetamu istimewa kita, yakni, Lailatul Qadr.

InsyaAllah ana cuba kongsi apa yang ana dapat pasal puasa semasa ana berada di Puncak Alam ini.
Okey, orang yang berpuasa ni akan dapat dua kebahagiaan. Pertama ; ketika dia berbuka puasa dan kedua; berjumpa dengan Allah Ta'ala.

Ada 3 bentuk sabar dalam puasa :
1. Dalam melakukan ketaatan kepada Allah
2. Dalam meninggalkan perkara-perkara haram
3. Dalam menghadapi takdir yang menyakitkan

Puasa ini merupaka rahsia antara sang hamba dan Rabb-nya. Maksudnya ia merupakan suatu amalan yang special dan reward yang akan diperoleh oleh kita, hanya Allah sahaja yang tahu. Puasa ini bukan seperti amal ibadah yang kita sering lakukan sebab amalan-amalan lain yang kita buat adalah untuk diri kita sendiri; means nak persiapkan diri bawa bekalan untuk akhirat. Tapi, kalau puasa ni, kita buat ibadah ini hanya untuk Allah. HANYA UNTUK ALLAH :)

MENCARI LAILATUL QADR 


~ Apa maksud al-Qadr ?
1. Kemuliaan
2. Penetapan dan pengaturan (Al-Quran diturunkan untuk menjadi panduan hidup kita)
3. Sempit (Ramainya malaikat turun ke bumi, seumpama banyaknya pasir di bumi)

Kenapa Allah kurniakan kita dengan Lailatul Qadr?
1. Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan Nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada jalan yang keluar daripada kehancuran.
2. Allah telah menetapkan takdir kita dari segi rezeki, umur, sihat, sakit kita.
3. Sebagai hadiah kepada umat Nabi Muhammad saw. Kalau dilihat, umur umat nabi terdahulu adalah lebih panjang berbanding umat Nabi Muhammad saw.

Bilakah Lailatul Qadr?
-Tidak ditetapkan dengan jelas malam itu sebab Allah nak suruh kita mencarinya ;)

Amalan Nabi dan ulama-ulama terdahulu di malam al-Qadr :
1. Mandi, berpakaian indah, berwangi-wangian.
2. Membangunkan ahli keluarga untuk beribadah.
3. Melaksanakan solat sunat, i'tikaf, membaca al-Quran.
4. Solat subuh dan isyak berjemaah.
5. Perbanyakkan doa.

Fadhilat Lailatul Qadr :
1. Allah mengkabulkan semua doa hamba-Nya yang beriman kecuali 4 golongan ; orang yang minum arak, derhaka kepada ibu bapa, suka bertengkar, dan memutuskan silaturahim.
2. Malam Qadr adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan)

Persiapan untuk hadapi Lailatul Qadr :
1. Kurangkan makan & minum (supaya mudah bagi kita untuk bangun mengerjakan ibadah)
2. Kurangkan buat kerja berlebihan.
3. Qailullah (tidur sejam sebelum masuk zohor supaya mudah bagi kita untuk berQiamullail)
4. Tidak melakukan sebarang dosa pada waktu siang (mengumpat, bermasam muka dengan kawan)
5. I'tikaf

Wallahu'alam.

Semoga kita sama-sama dapat gunakan 10 Ramadhan yang terakhir ni dengan sebaiknya. Kita tak tahu lagi adakah kita masih hidup lagi pada Ramadhan akan datang atau penghujung Ramadhan kali ini. Jadi, jom siap-siapkan diri kita dengan amalan yang cukup dan ikhlas agar mudah berjumpa dengan Allah, insyaALLAH.
Selamat beramal!
Ramadhan kareem~

P/s : Mohon sedekahkan al-fatihah untuk arwah atuk saudara ana yang meninggal pagi jumaat tadi dan juga seorang lecturer UiTM Puncak Alam. Syukran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...