26 November 2009

2 in 1



Bismillahirrohmanirrohim~


Funscrape.Com


assalamualaikum w.b.t~

hari ni ana sekadar ingin berkongsi sebuah klip video dengan antum semua~

mungkin ada yang pernah dengar dan lihat..

semoga anda semua dapat menghayati nasyid ini..

ahaa! lagi satu, selamat hari raya eidul adha ana ucapkan kepada semua..

semoga kita dapat menghayati arti korban yang sebenar..inshaAllah :)


24 November 2009

cuti.holiday.'utlah

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum..
Nampaknya cuti sekolah dah bermula..
Mesti ramai dah plan nak pi mana, cuti2 ni..

Mesti antum ada aktiviti2 tersendiri yg nk dibuat, kan?
Hmm, cuti2 ni, janganlah lupakan buku pula..
Paling penting, jangan lupa baca al-Quran setiap hari walaupun hanya beberapa ayat ..

Ayah ana dah mula bagi tugasan kat adik lelak ana & ana jgak..
Kami kena buktikan yg hasil kajian seorang profesor ni adalah benar..
Hmm, profesor ni kaji tentang al-Quran dan kaitannya dengan ilmu matematik..ahaa!
memang menyeronokkan utk kaji balik apa yg dia buat..
tapi susah sikitlah sebab kena tengok seluruh ayat dalam al-Quran..
memang memerlukan tumpuan dan kesabaran yang tinggi..

Contohnyelah..
Profesor ni kaji yang  dlm al-Quran, telah disebutkan tentang "hari" atau " yaum" sebanyak 365 kali..
Dan mengikut fakta, 365 hari kan bersamaan dgn setahun?
Jadi, kami berdua ni kena cari perkataan hari atau yaum, dan check balik samada betul atau tak betul ada 365 kalimah ni..
Selain daripada perkataan yaum atau hari, kami kena cari juga kalimah dunia dan akhirat, di mana kedua-duanya disebutkan sebanyak 115 kali dalam al-Quran..
Kalau malaikat dengan syaitan pula disebutkan sebanyak 88 kali..

Jadi, ana dengan adik ana pun ikutlah giliran untuk buat tugasan ni..
Contohnya, bila ana check kalimah dalam al-Quran dan ana jumpa kalimah yg kena cari, adik ana akan catat dalam satu buku brp byk jumlah kalimah tersebut..

Kalau antum nak tahu lebih mendalam lagi pasal perkara yang ana cakap ni, boleh klik kat (sini)

Hemm, musim cuti kali ni, ana mungkin tak melancong ke mana2 kot..
Sebab kakak dalam proses nak habiskan peperiksaan SPM..
Jadi, "terpaksalah" duduk di rumah..

Bagi ana, cuti ni ana nak penuhi dengan aktiviti2 yang berfaedah..
Sekarang ni, ana dalam proses nak habiskan novel english.. tajuknya, "blodd beast" by darren shan..
Memang best..!

Kalau bab2 mengemas rumah ni, memang dah jadi satu perkara wajib yang mesti ana lakukan di rumah setiap hari..
Cuci pinggan, lipat kain, cuci kain..
Tapi, tak delah semuanya ana buat ;)

Hmm, kalau nak tambahkan "kemahiran" dalam sesuatu subjek yg kita lemah, kita kenalah buat latihan banyak kali..
Contohnya macam ana ni, tahun depan nak SPM..
Dan ana ni lemah sikit subjek fizik..
Jadi, kenalah buat latihan byk2..
Supaya tahun depan, semuanya okay..inshaAllah..

Lagi satu, cuti2 ni juga,
Jagalah kesihatan anda..!
Kalau sakit, susah nak buat kerja..! ;)

Ana rasa setakat ni jelah yang boleh ana sampaikan dan lontarkan sedikit idea utk penuhi cuti yang agak lama ni..
Ingat ye, penuhilah masa kita dengan perkara yg berfaedah..kerana masa takkan berulang kembali..
Ana asif kalau ana tersilap bicara..
Ilal liqa'..!
Wa fi amanillah!

23 November 2009

Taqwa

Photo by: Kaveh Golestan / A soldier reading the quran
inside his trench in beitol moghadas operation zone / Khoramshahr / 1983

Bismillahirrohmanirrohim.

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah, ana tertarik dengan tazkirah / ceramah yang disampaikan oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin di radio Perak.fm.

Lantas, ana capai pen dan sehelai kertas dari beg ana untuk menyalin apa yang bakal disampaikan oleh Dr. Danial.

Alhamdulillah, antara isi utama yang ana dapat daripada tazkirah tersebut adalah..
Maksud TAQWA. Taqwa ni ada banyak maksud.
Tapi, bagi Dr. Danial, beliau telah mengambil maksud taqwa daripada Abdullah bin Mas'ud.
Katanya, Taqwa bermaksud :

1. Jauh daripada maksiat.
    yakni, walaupun kita berada di mana sekalipun ataupun berada jauh daripada pandangan ibu bapa atau        
    guru, kita tetap punyai rasa amanah untuk tidak melakukan maksiat. kerana kita tahu bahawa Allah sedang  
     melihat  perilaku kita.

2. Tidak melupakan Allah.
    ingatlah ayat Allah yang berbunyi, " Fadzkuruunii adzkurkum" yang bermaksud, "Ingatlah kepada-Ku
    (Allah), nescaya Aku akan mengingatimu".

3. Syukur kepada nikmat Allah, jangan kufur!


Dan Allah juga telah berfirman dalam Al-Quran, surah al-Hujurat, ayat 13, yang bermaksud,  "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu".


Wallahu'alam.

13 November 2009

rm 50..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ni ada masa sikit utk post entri..

Kat sekolah tadi, Muallim Selahuddin ( Guru Lughah Arabiyah ) ada bawa kamus Al- Farid (bahasa arab- bahasa melayu- bahasa inggeris). Isi kandungan dia memang sesuai utk semua orang.. Sebab mudah nak cari apa yang kita nak.. Harganya RM 50.. bagi ana, memang berbaloi kalau beli kamus ni.. Kamus ni keluaran Telaga Biru..



Kamus Al-Farid Arab-Arab-Inggeris-Melayu


Kamus Al-Farid Arab-Arab-Inggeris-Melayu • Kamus tri-bahasa ( bahasa Arab – bahasa Arab – bahasa Inggeris– bahasa Melayu ) dengan pendekatan terkini. • Susunan entri mengikut abjad daripada “alif” hingga “ya” untuk memudahkan carian perkataan. • Sesuai untuk rujukan pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, tenaga-tenaga pengajar bahasa Arab serta orang awam. • Mengandungi lebih daripada 50 tajuk-tajuk pilihan untuk memudahkan carian perkataan. • Mengandungi bacaan dalam solat, doa dan zikir harian. • Mengenal nama, sifat wajib dan sifat mustahil bagi Allah. • Mengenal nama negeri, kementerian dan institusi lain yang terdapat di Malaysia.


Jom beli! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...