25 March 2010


 aku tak tahu berapa tahun, berapa hari, atau bahkan berapa minit, saat lagi ALLAH akan mencabut nyawaku, aku hanya ingin bertemu dengan ALLAH dengan tenang, tolong maafkan segala kekhilafanku.. wahai ibu, abah, mama, papa, emak, ayah, sahabat2ku, saudara2ku, maafkan aku.


(kata-kata daripada iluvislam.com)

17 March 2010

Ingatilah Pencipta Kita 24 jam sehari!

Bismillahirrahmanirrahim.

"Setiap yang berlaku itu sudah pasti ada hikmahnya".

Selalu kita dengar ayat di atas dalam kehidupan kita. Sebenarnya ayat ini bukan sekadar ayat yang hanya didengar kemudian dilupakan sebentar sahaja.
Tetapi sebenarnya, ayat inilah yang sering memperkuatkan diri kita tika kita berada dalam kesusahan atau kesempitan.

Tamsilnya, bilamana kita dihinggapi dengan pelbagai masalah seperti masalah pelajaran, sahabat, peribadi dan lain-lain, ana rasa sudah pasti setiap daripada kita akan memperdekatkan diri dengan al-Khaliq. Mungkin sebelum ini hubungan kita dengan Allah sedikit renggang, maka Allah ingin peringatkan kita supaya sentiasa mengingatinya, tidak kira ketika kita dalam kesusahan ataupun dalam kegembiraan. Ayuhlah kita ingat kembali kata-kata Allah yang bermaksud, "Ingatlah Aku, maka aku akan mengingatimu".
Maka dalam apa jua keadaan, ingatilah Dia selalu.

Kalau kita dapat rasai kemanisan dan ketenangan ketika beribadah kepada Allah, ana pasti kita akan rasa tenang dan rasa sangat-sangat bersyukur atas segala kurniaan yang Allah telah berikan kepada kita.
Subhanallah, banyak sungguh kurniaan dan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Langsung tak terkira dek akal kita! Misalnya nikmat mata. Seharusnya kita bersyukur sangat-sangat kepada Allah dengan nikmat mata. Kalaulah tiada mata, sudah pasti kita akan rasa keseorangan, tak dapat lihat warna-warni ciptaan Allah. Dan kalau Allah tak kurniakan kita mata, pasti kita semua tak dapat nak baca entri ni, surf internet dan macam-macam lagi. Maka sentiasalah kita ucapkan Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
Itu baru kurniaan mata! Belum lagi dengan hidung kita, kaki, tangan, telinga. Ciptaan Allah juga amat-amatlah sempurna. Cuba bayangkan, kalaulah hidung kita ni tuju ke atas. MashaAllah, kalau hujan turun, habis tak bernafas kita!
Ana rasa sampai di sini sahaja post ana kali ini ^^
sentiasalah kita ucapkan kalimah2 yang boleh mengingatkan kita kepada Allah.
Wallahu'alam.

14 March 2010

dia gembira, ana pun gembira

Bismillahirrahmanirrahim.

MashaALLAH, letih betul hari ini. Pukul 12.00 tengah hari tadi bertolak ke Kampung Sungai Siput. Ada kenduri saudara :)
Lepas dah selesai makan dan sembang-sembang dan solat zohor di rumah opah, terus keluar. Mencari "hadiah" yang diinginkan oleh kakak sulung yang comel ini ^^
Cari punya cari, alhamdulillah akhirnya jumpa juga "hadiah"nya di _____.
Bila keluar dari rumah dan kawasan sekolah, barulah ana tahu keadaan sebenar yang sedang berlaku di sekeliling kita. Contohnya, di Jusco. Dalam lautan manusia itu, memang banyak karenah dan style yang boleh dilihat. Kadang-kadang rasa sedih juga.

Apabila lalu depan kedai buku MPH dan Popular, mata terus bersinar-sinar bak bintang yang bergemerlapan ;)
Tapi, apa boleh buat. Hari ini hari untuk Kak Long :D Biarlah dia rasa seronok sikit hari ni. Kalau dia seronok, ana pun lagilah seronok ;-D
   
Kejayaan Kak Long telah menginspirasikan ana untuk berusaha dengan lebih lagi, inshaAllah.
TAHNIAH LONG. (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...