14 April 2011

Berhati-hatilah wahai pemilik Hati :)



Bismillah.

Hati manusia ini mudah berubah. Kadang-kadang iman bertambah, kadang- kadang iman berkurang. Maka mohonlah pada Allah yang Maha Membolak-balikkan hati-hati kita supaya sentiasa berada dalam ketaatan kepada-Nya dan juga di atas jalan dakwah ini, insyaAllah.

Kadang-kadang kita rasa lemah, rasa tak berdaya untuk meneruskan perjuangan ini. Tiba-tiba semangat jadi luntur, malas dan banyak lagi sikap negatif yang hadir dalam diri kita. Tapi, janganlah sekali-kali kita terus mengalah dengan nafsu kita. Tetapkan kembali niat sebenar kita, bersihkan hati dan banyak-banyakkanlah memohon petunjuk dan kekuatan dari Allah :)

Percayalah dengan janji Allah ini >> Surah an-Nahl, ayat 97,
" Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti Kami akan berikan kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."



12 April 2011

Khaira Ummatin



Bismillah.

Dari surah Ali Imran ayat 110 Allah menyatakan yang bermaksud, " Kamu adalah umat yang terbaik (khaira ummatin) yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mecegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah."

Poin kat sini >> umat Islam memang merupakan satu umat yang SUPER. Allah menggelar mereka sebagai khaira ummatin yang membawa maksud 'sebaik-baik umat'.

Dalam al-Jamik li Ahkamil Quran Imam Qartubi, Imam Mujahid menukilkan pandangan yang berbunyi,
" (Kamulah umat yang terbaik) berdasarkan syarat-syarat yang terdapat dalam ayat ini."
Maksudnya, kita adalah umat yang SUPER kalau kita melaksanakan agenda-agenda yang ada dalam ayat ini, iaitu mengajak kepada makruf, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.
Jadi , jom kita sama-sama laksanakan agenda tersebut dan insyaAllah kita akan jadi khaira ummatin! :)

Wallahu'alam.

*Nota hujung : Minda Muslim Super oleh Dr. Danial 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...