30 September 2011

al-Iman asy-Syahid Hassan al-Banna berkata:

“Jadilah kamu ketika menyeru manusia seperti pokok buah-buahan; mereka
membalingnya dengan batu dan dia menggugurkan buah kepada mereka”.

24 September 2011

Kekuatan.

Pesan emak kepada anaknya ....

Peluang ada banyak . Cuma tunggu nak grab je peluang tu. Ingatlah, bukan kita seorang je yang rasa susah dan tension study asasi etc ni, tapi ada ramai lagi yang sama juga macam kita. So, kalau orang lain boleh go through it even spm pun tak dapat straight A++, kita pun insyaAllah pasti boleh juga :)

Ingatlah, sesungguhnya Allah takkan letakkan sesuatu benda/perkara/tanggungjawab tu pada kita, melainkan kemampuan yang ada pada diri kita. Contohnya, anda takkan berada di tempat yang anda berada sekarang

( universiti/kolej/sekolah kat mana-mana pun) melainkan Allah tahu kemampuan kita takat mana.

Kata emak lagi, kadang-kadang Allah uji kita dengan pelbagai masalah. Contohnya, result yang tak seberapa bagus dalam physics/chemistry etc. Mungkin Allah mahu kita lebih mendekatkan diri kita pada Dia. Mungkin sebab kita ni dah terlalu jauh dengan Allah. So, Allah cuit kita sedikit dengan ujian supaya kita kembali pada Dia semula. Supaya Dia dapat mendengar rintihan kita selalu. Subhanallah! Betapa kasihnya Allah pada hamba-hamba-Nya :') Bila dapat ujian/ musibah tu, sentiasalah ucapkan "Innalillahi wa innailaihi roji'un."

Bila sedih, cepat-cepatlah doa pada Allah. Mohon beri kekuatan pada kita sebab Allah-lah yang mampu beri kekuatan pada hamba-Nya. Kalau Allah tak lontarkan sedikit pun kekuatan pada kita sekarang ni, kita takkan mampunya buat segala benda, kita takkan mampunya berdiri sendiri. Sebab daripada Allah-lah sumber kekuatan itu datang. Jangan bila sedih je kita minta pada Allah, tapi sentiasalah istiqamah berdoa pada-Nya. Letakkan kebergantungan dan sandaran kita hanya kepada Allah, kerana Dia-lah sebaik-baik Sandaran dan Pendengar yang Paling Setia :)

Moga Allah lindungi kita sentiasa, insyaAllah.
Istiqamah selalu :)
As-salam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...