28 December 2011

watch your tongue

bismillah.
baru je lepas habis tengok salah satu video nouman ali khan>> watch your tongue. part akhir tu buat ana tersentuh.
mungkin anda boleh tonton dulu video tu. luangkanlah masa untuk 15 minit je :) it's surely benificial for us, insyaAllah.


Sahih International
O you who have believed, let not a people ridicule [another] people; perhaps they may be better than them; nor let women ridicule [other] women; perhaps they may be better than them. And do not insult one another and do not call each other by [offensive] nicknames. Wretched is the name of disobedience after [one's] faith. And whoever does not repent - then it is those who are the wrongdoers. (Surah Al-Hujurat, Ayat 11)



when iman's there, you won't do that ugly things, the filthy languages..etc..you don't want to go near there..


the more filthy your words you use, the more blacker your iman and you won't remember Allah in healthy way..


right now, i'm gonna watch my tongue, at public or private..insyaAllah..
rabbuna yusahhil..

27 December 2011

bersyukurlah


Alhamdulillah :')
Nikmat Allah itu tidak terkata banyaknya.
Syukurilah nikmat yang kita ada.
Alhamdulillah.

25 December 2011

Allahummanshurna el-Muslimin wal Mujahidin fii Falistin wa fi kulli makaan wa kulli zamaan

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau selamatkanlah Muslimin dan Mujahidin di Palestin dan di setiap tempat dan waktu.

Amin.

06 December 2011

Ukhuwah itu Indah

Bismillah.

MasyaAllah, gembiranya hati ana sekarang ini. Berbunga-bunga rasanya. Subhanallah, Alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah kerana Engkau menganugerahkan nikmat ukhuwah ini kepada kami.

Maghrib tadi, ada seorang akhawat ziarah kami di UiTM Puncak Alam ini! Sorang-sorang pulak tu! Naik bas dari Serdang. MasyaALLAH. Dia umpama pembawa ceria bagi kami yang dihantarkan oleh Allah untuk kami yang sedang gundah-gulana (mungkin?).

Dia iftar bersama kami. Selepas iftar, dia sampaikan sebuah kisah tentang seorang sahabat yaitu Tsumamah bin Utsal. Pada mulanya, Tsumamah ini merupakan seorang penentang nabi SAW yang amat hebat, dan Tsumamah memang ingin membunuh Baginda SAW. Tapi, akhirnya beliau telah mengucapkan kalimah syahadah. Takbir.

Dia juga ada berpesan, seorang da'ie haruslah sentiasa menunjukkan wajah yang ceria dan tenang walaupun dalam hati, memang banyak masalah yang berlaku. Penampilan dan personaliti seorang da'ie amat penting. MasyaAllah, terketuk hati ana. Akan ana ingat itu, insyaAllah. Sentiasa ceria, happy go lucky ;)
Selepas perkongsian, kami solat Isyak berjemaah di surau kolej. Selepas itu, dia mengajak kami dan berbelanja makan malam. Dia ni memang kuat makan! Huhu. Ceria betul dia ini.

Salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim adalah makan bersama. Hoho. Habis, berpusing-pusing makanan atas meja kami dikongsi bersama. Ada kek coklat, buah jambu, cup corn, bihun sup, dan 2 air sejuk. Huhu.

Dia sentiasa ceria. Ana kagum. Tiap kali bertembung dengan pelajar lain, dia akan beri salam. MasyaAllah. Pandai dia tackle hati orang ;) Oh, kena baca Bagaimana Menyentuh Hati ni, huhu. Dia juga ada pesan, ukhuwwah itu penting. Kalau tiada ukhuwah dalam suatu organisasi/ dalam persahabatan, segala benda program yang dirancang takkan berhasil. MasyaALLAH. Benar itu.

Moga Allah merahmati dia dan kita jua.
Terima kasih atas ziarahnya ya ukhti. Serius, ana rasa gembira sangat. :)
Sampai satu rumah ana dia tegur, huhu.

Wallahu'alam. :)

p/s : Esok pagi kami akan turun ke kelas dengan dia! Dia nak balik ke Serdang. Moga Allah permudahkan segala urusan kita bersama, insyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...