23 January 2010

[Rentas] [Desa] [Itu] [Menyeronokkan]

Bismillahirrahminarrahim.
Alhamdulillah, selesai sudah pertandingan merentas desa pagi tadi. Walaupun, pertandingan mula lambat, tapi semuanya berjalan lancar.
Syukur Ya Allah, kerana tahun ni tersenarai juga dalam TOP 10..

Aha, nak kongsilah sikit tips untuk menang dalam pertandingan merentas desa ni ;D
Pertama sekali, kalau dari segi jasmani, mestilah kena buat latihan larian. Paling kurang pun, buatlah "stretching" sebelum lari tu. Nanti cramp tiba-tiba, susah pula.
Sebelum lari tu, ana sarankan supaya jangan minum air banyak sangat ataupun makan masa pertandingan dah nak mula..sebab, kemungkinan korang boleh alami "kesenakkan" perut yang teramat sangat. Ana cakap macam ni, sebab ana pernah kena. 15 minit sebelum pertandingan bermula rasanya, ana baru habis makan. Masa tengah lari tu, tak sampai 10 minit rasanya, ana dah "terberhenti" kat check point pertama sebab perut tiba-tiba je senak & meragam..hehe

Emm, kalau dari segi mental dan rohani pula, cuba kita motivasikan diri kita dengan kalimah-kalimah atau ayat-ayat yang boleh menaikkan semangat kita. Kita ambil contohlah, cuba bisik atau cakap kuat-kuat dalam diri kita, yang kita ni hebat dan boleh buat apa-apa pun (kecuali dalam bbrp perkara-la)
Emm, lagi bagus kalau kita tetapkan niat dan hati kita. Cuba tanya kat diri sendiri. "kenapa aku nak lari, ha? sebab nak dapat hadiah ke? sebab nak dapat pujian ke? or etc.."

Adalah lebih bagus bagi kita untuk tetapkan dalam hati kita yang kita masuk pertandingan ni untuk mencapai keredhaan Allah semata-mata, mungkin juga boleh disematkan dalam hati kita yang kita lari ni sebagai salah satu cara untuk beribadah kepada Allah. Kan dah dapat pahala!
Kalau sebab nak sihatkan tubuh badan kita pun, lagi bagus! Lagipun, salah satu daripada muwasafat tarbiyah ialah "Qawiyyul jism" atau sihat dan kuat tubuh badan.
Atau mungkin juga kerana tahun ni tahun terakhir kita berada di sekolah, jadi kita nak buat yang terbaik supaya boleh dijadikan contoh kepada adik-adik yang lain.
Ini je-lah point2 yang dapat ana kongsikan.

Sebelum terlupa, ana ucapkan tahniah kepada para pemenang bagi pertandingan merentas desa 2010!~
Kepada yang tak dapat top 10, jangan cepat putus asa! Kita cuba lagi tahun depan! i/A.


Wassalam..

>>hmm, tahun depan dah tak boleh lari T_T

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...