27 February 2010

sport's day 2o10


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ni ada ruh sikit untuk kongsikan sedikit tentang hari sukan yang ke-empat yang baru sahaja  berlangsung pagi tadi.
TARIKH: 27 Februari 2010
WAKTU: 8.30 pagi-1.00 tengahari
TEMPAT: SMK Rapat Setia, Ipoh

Ikrar pada pagi tadi diketuai  oleh Ketua Umum, Amirul Hariz dan diiringi dengan bacaan doa yang inshaAllah penuh barakah oleh saudara Fajrul Falah. Seterusnya, lagu Negaraku dan lagu sekolah, "KITA" dialunkan dengan penuh semangat oleh para pelajar SM Al-Hidayah, Ipoh. Kemudian, ucapan daripada Pengetua,Muallim Zulkifli bin Ahmad dan tetamu khas, Encik Kamal Izzat. Perasmian dilaksanakan oleh Encik Kamal Izzat sendiri.

Tahun ini, walaupun hari sukan dilangsungkan  di SMK Rapat Setia, namun semangat yang membara dalam diri setiap pelajar SMAH sentiasa ada, inshaALLAH!

ALHAMDULILLAH, tahun ini rumah MERAH mendapat  NAIB JOHAN.(Tak pe2, tahun depan rumah Merah kena usaha lebih lagi untuk jadi juara! :))Tema yang dikemukakan oleh Merah ialah NINJA. Tema warna merah dan hitam.

TAHNIAH kepada rumah HIJAU kerana berjaya menjadi JUARA tahun ini! Dengan menggunakan tema Kepahlawanan Melayu dan barisan-barisan pelajar yang kuat2 belaka, akhirnya Hijau telah menguasai kejohanan hari sukan tahun ini. Tahniah sekali lagi.

Kepada yang kalah, tak mengapa. Bak kata pepatah yang tertera di kain rentang rumah Kuning, "Menang dan kalah adat permainan". Tahun depan ada lagi. Jadi usahalah dengan lebih lagi untuk memperoleh hasil yang lebih baik!

Rumah BIRU dapat tempat KETIGA. Walaupun dapat nombor TIGA, tahniah ana ucapkan sebab antum dapat pasukan yang terbaik dalam persembahan! Tahniah! Tema rumah BIRU tahun ini ialah The Mask Of Zorro.


Tempat KEEMPAT tahun ini jatuh kepada rumah KUNING. Tidak mengapa rumah Kuning! Rumah Merah sentiasa bersama kalian! :-D Tahun depan ada lagi!
Tema rumah KUNING tahun ini ialah DIGI dan LEBAH. (comel lebah dia :-))


Acara kemuncak bagi hari sukan ini sudah pastilah acara TARIK TALI! Bersemangat SUNGGUH para pelajar ketika memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing! Sampaikan guru-guru juga turut memberikan sokongan yang begitu mantap! :-D
Akhirnya rumah BIRU sekali lagi menguasai kejohanan tarik tali. TAHNIAH!

Tahun ini:
Olahragawan: AMMAR (HIJAU)
Olahragawati: ADLINA (MERAH)
Tahniah! Kepada yang lain, usahalah dengan lebih keras lagi pada tahun hadapan untuk memegang gelaran olahragawan atau olahragawati! :))

Walaupun latihan untuk persembahan atau perarakan hanya berlangsung selama SEMINGGU sahaja sepanjang hari persekolahan, namun ALHAMDULILLAH segala-galanya berjalan lancar.
Apa-apa pun keputusannya, terimalah kalian dengan hati terbuka. Dan yang paling penting, semoga segala perkara yang kita lakukan sama ada pada hari sukan atau bila-bila sahaja, haruslah berpaksikan hanya untuk mencari KEREDHAAN ALLAH dan sentiasa IKHLAS.

Kepada adik-adik, tahun depan, kakak-kakak dan abang-abang dah tak de. Jadi, antum semualah yang bakal meng'handle' segala perkara tahun depan. Maka, galaslah tanggungjawab antum dengan sebaik mungkin untuk tahun depan atau bila-bila masa ya!
Wassalam alayk warahmatullah wabarakatuh.

*MERAH.AHMAR.HAMRA'.
Ketua rumah: Imran Khairul Azmi
Pen. ketua rumah: Liana Khairuddin

*KUNING.ASFAR.SAFRA'.
Ketua rumah: Safwan Ruzaini
Pen. ketua rumah: Nur Syahirah 

*HIJAU.AKHTDHOR.KHODTRA'.
Ketua rumah: Nur Hadi 
Pen. ketua rumah: Uswatun Hasanah 

*BIRU.AZRAQ.ZARQA'.
Ketua rumah: Amirul Hariz
Pen. ketua rumah: Ain Sofiyyah

PERBARISAN~

BIRU.ZORRO
BIRU.ZORRO

MERAH.NINJA
MERAH.NINJA


KUNING.DIGI
KUNING.LEBAH


HIJAU.KPHLWN MELAYU
HIJAU.KPHLWNN MELAYU

ACARA TARIK TALI BANIN~













Hari sukan dah habis. Jadi, lepas ni kenalah study elok-elok untuk SPM(ditujukan khas kepada diri saya dan sahabat-sahabat seperjuangan), PMR(untuk adik-adik form3) dan juga segala peperiksaan yang bakal antum dihadapi. Selamat Berjuang!







7 comments:

Cekgu Akmar said...

salam ;)
tahniah juga utk rumah biru!
terima kasih gak kt ummi ats hadiah kek tempoh hari. *xth nk bls ape.huhu*
mh amek gmbr sukan nih tau.sbb nk smpan ;)

mumtahanah said...

:)
okey, no problem Muallimah ^_^

peace_tranquility said...

Suatu peristiwa yang terlekat dalam memori..lepas nie focus study plak!chaiyok to SPM canidate!

Nabil Roslizar said...

wah.. best nye tgk gmbo nih.. rugi x dtg..
kak ummi ade lgi gmbo sukan?

Nabil Roslizar said...

salam..:D
best nye tgk gmbo2 nih.. ade lgi x?
saye x dtg le.. rugi rsenye..

mumtahanah said...

to syuk: betul3
to nabil: salam..ade je,,
yg byk tgkp gmbr ni mostly kak shahamin n tun :)
nnt nabil bgi pendrive kat mior la klu nabil na gambar lagi..
inshaAllah kak ummi blh je copy kan:)

Nabil Roslizar said...

orait!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...