08 February 2011

Seni Berbicara Islami

SENI BERBICARA ISLAMI~

pintu pagar "keluar" kompleks pendidikan al-hidayah,ipoh

Hadis Rasulullah S.A.W :
            “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berbicaralah dengan baik atau diam.” (Riwayat Bukhari)
Firman Allah S.W.T :
            “Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir (malaikat Raqib dan Atid yang mencatat amalan.” (Surah Qaf 50:18)

ADAB APABILA BERBICARA~
1.      Bercakap benar
Surah al-Tawbah ayat 119 :
      “Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan jadilah kalian bersama orang yang benar.”

2.      Perkataan yang baik
Rasulullah S.A.W bersabda :
      “ Jagalah diri daripada api neraka walau dengan sebelah kurma. Sesiapa yang tidak mendapatkannya maka lakukan dengan ucapan yang baik.” (Riwayat al-Bukhari)
Firman Allah S.W.T :
      “Dan ucaplah kata-kata yang baik kepada manusia.” (Baqarah 2 : 83)

3.      Kurangkan bercakap
Sabda Rasulullah S.A.W :
            “Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci daripada kalangan kalian dan paling jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bicara.” (Riwayat al-Tirmizi)
4.      Jelas dan terang
Supaya hasrat dan maklumat yang disampaikan itu difahami oleh orang yang mendengarnya. Berbicaralah dengan perlahan-perlahan dan tidak tergesa-gesa dengan penuh keyakinan. Berikan tumpuan atau fokus semasa bercakap dengan memandang wajah orang yang mendengar.

ULFAH.SOLUSI ISU 27.HAJI ZAINUDDIN ALI.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...