27 September 2009

cuti.raya.sekolah.



Assalamualaikum.

Hampir seminggu kita berada dalam bulan Syawal.
Semoga segala amalan yang kita praktikkan di madrasah Ramadhan, akan tetap berjalan. ISTIQAMAH.

Dalam kegembiraan menyambut hari raya ini, janganlah kita lupa pada saudara2 kita yg berada di Palestin, Afghanistan dan di mana-mana sahaja. Seharusnya kita bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan negara Malaysia dengan rezeki yang cukup & hidup dlm aman, inshaAllah. KESYUKURAN.

Isnin ni dah buka sekolah balik. Kepada kawan2, ayuh kita teruskan perjuangan! Jangan mudah berputus asa, krn sesungguhnya org yang gagal mudah b'putus asa. Di samping studi2 tu, jangan lupa untuk berdoa kepada ALLAH supaya segala ilmu yg kita pelajari akan diberkahi-Nya, inshaAllah. Apa yang paling penting ialah kita belajar hanya kerana Allah dan juga untuk mencapai MARDHOTILLAH.

*penuhilah harimu dengan sentiasa mengingati ALLAH! ;) *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...